Friday 19 August 2011

Cerpen : Aku Cinta Kamu Mamat Boroi!!!!!!!!

Suasana hari ini boleh dikata menyenangkan… redup.. matahari pun malu-malu nak jengahkan diri… namun keadaan dalam hatiku tetap sama… panas membara mengalahkan gunung berapi… peristiwa semalam bagai diulang tayang tanpa arahan “CUT” uh… zalimnya…
            “Adik.. kamu mesti kawin..Ayah tak kira apa alasan kamu.. Ayah dah terima pinangan mereka sejak kamu kecil lagi.. dan Ayah dah putuskan perkara ini.. dan rundingan ditutup.. Ayah dah bagi kamu kebebasan selama ini untuk buat apa yang kamu minat dan sekarang kebebasan itu secara otomatik Ayah tarik balik tanpa kompromi…”
Hitler ke apa Encik Sudin ni… Fatin Nadira hanya mampu terdiam dan terkaku.. Ingat suruh balik kampung dengan kadar segera nak bagi aku harta ke? Atau paling tak best pun bagi aku Perdana yang dok terperuk kat rumah tu ke?.. Aku kan baru habis belajar dan baru dapat kerja kat Kolompo mesti Ayah tak nak aku susah pergi kerja kan… tapi ini harta yang aku dapat.. perit dowh!.. Hampeh betul!
“Yah… tak ada talian hayat ke?” sempoi je soalan aku… buat muka comel gitu… eleh mesti Ayah cairkan bila aku pujuk.. maklum aku kan anak buntut.. ops.. anak bongsu..
“Apa kamu ingat ini program Jangan Lupa Lirik ke..?” Uh… suara Hitler a.k.a Encik Sudin a.k.a Ayah mengegar rumah.. nasib baik rumah batu kalau rumah ni dibuat dari ais macam rumah igloo tu .. sure.. terus cair dan berterabur…
            “Tak adalah macam gitu Yah.. Cuma bagi Adik masa… gile ke apa nak kahwin dengan orang yang kita tak kenal… lepas tu kena duduk satu rumah.. Adik tak rela Yah.. dibuatnya dia tu panas baran.. kaki pukul ke.. Ayah tak kesian dengan adik ke? Cecite dengan adik ni Yah.. Ayah nak anak Ayah ni balik tak ada kaki tak pun paling kurang hidung adik senget….. tak pasal-pasal kena buat plastic surgery… Ayah nak adik macam tu ke Yah?” Uh… ayat tak boleh blah dari aku yang memang tak nak kawin… memanglah aku ni single mingle… tapi nak kawin dengan orang yang aku tak kenal dan paling penting aku tak CINTA… Uh tidak!… makan pujuklah Ayah ni…
            “Tak kenal kamu kata… dulu tiap-tiap raya dia datang… kamu dulu kecik-kecik suka main pondok-pondok dengan dia… kamu ni dah hilang ingatan ke dik..?” Ayah buat muka keliru tahap gaban.. ada ke anak Pak Dolah tu dia kata tak kenal.. cari pasal betul budak seorang ni…
Eh! Ayah ni hembus semacam je.... Ayah belum bagi tahu  pun siapa Jantan yang berani beraninya menghantar pinangan untuk anak Encik Sudin ni…….
            “Cuba.. terus terang kat adik ni… siapa Jantan kabaret tu?” Eh.. ni zaman milineum mana ada kabaret ni… ada aku kisah… hembus sudah…
            “Fatin Nadira Binti Samsudin kamu ni memang dah tertanggal skru agaknya… kamu kata kamu tak kenal anak Pak Dolah kampung sebelah tu… satu sekolah.. satu asrama… bukan ke kamu dengan dia berkawan rapat.. bukan main lagi kalau berjalan.. gelak-gelak sakan..ingat Ayah tak nampak!” Encik Sudin sudah buat muka macam nak telan aku je.. dan aku yang mendengar macam dah tertelan biji durian D24.  Alamak… baru lah aku tahu… Encik Sudin ni tak bagi tahu siapa orangnya sesedap pizza je kata anak dia yang comel ni tertanggal skru.. ops! Ayah ku dah tua mungkin dia lupa kot yang aku ni belum diberitahu…. Abang Haikal tu ke? Beza 2 tahun dengan aku.. Ek… tak sanggup aku.. dahlah gemuk.. boroi pulak tu.. dan gelap je kulit dia.. dahlah badan aku ni macam kerengga.. boleh mati aku kalau kena hempap dengan dia..ops! sensor tang ni…
            “Yah.. biar betul… Ayah nak kawinkan adik dengan mamat boroi tu… Yah… adik ni dahlah sekeping je… Yah.. kesianlah kat adik Yah… kalau Ayah tak sayang adik pun.. tak kan nak bagi adik kat mamat boroi tu Yah.. Adik tak rela Yah… Adik tak mahu… T.A.K  M.A.H.U!!” kan aku dah eja satu-satu perkataan tak mahu tu…
            “Itu je alasan adik… mamat boroi… Ayah ingat apalah tadi.. berapa lama adik tak jumpa dia?” Ayah bantai gelakkan aku…Encik Sudin ni memang sengaja cari pasal dengan anak dia yang comel ni… Comel ke aku? Comellah juga… aku membilang jari.. entah dalam 10 tahun kot.. sebab masa form four tu dia dapat MRSM kat Mersing. Aku kat Sekolah Bandar Putra.. ceh.. sekolah bistari tau..
            “Ayah dah habis fikir ke nak dapat menantu macam tu? Dahlah gemuk tak hensem pulak tu? Cuba Ayah tengok adik ni.. adik ni comel tau Yah.. kengkawan adik kata adik ni boleh jadi model tau Yah..” Aku kelip-kelipkan mata kat Encik Sudin.. aku tak peduli.. aku tak nak kawin…
            “Ha!Ha!Ha!.. adik udah-udahlah nak perasan pun… model sabun cap kapak bolehlah…” jahat sungguh suara yang berbunyi tu.. aku lantas menjeling tajam ke kiri ku.. dan ku lihat wajah jahat Along a.k.a Farish Nordin bin Samsudin.. yang berdiam diri dari tadi mula nak interframe.. aku tahulah si mamat boroi tu sebaya dengan dia.. kawan dia.. tidur sebantal masa dulu-dulu… komplot betullah.. Aku tak berputus asa.. apa nak jadi pun jadilah.. aku akan tentang habis-habisan sehingga ke titisan darah yang terakhir… ceh.. ayat aku ni memang tak boleh blah.. tak kan nak sampai berdarah ni… Chaiyok! Chaiyok!..
“Along!.. along bolehlah dapat kawin dengan orang yang Along cinta.. Along tak kesian dengan adik ke? Adik ni dahlah tak ada mak.. ada Ayah je tu pun tak sayang.. ada abang sorang pun.. lu fikirlah apa lu buat kat gua… sadisnya….” Aku tak kira… aku mula buat drama sedih… sedih ke?.. sedih banget…
“Bukan Along pun tak ada mak ke? Kita serupa.. dah jangan nak mengada.. ikut aje cakap Ayah.. jangan nak bagi alasan yang tak logik semua.. Adik.. Ayah tahu apa yang terbaik untuk setiap anak-anak dia.. sejak mak meninggal dunia semasa melahirkan adik.. ada Ayah kawin lain? Tak ada kan? Ayah jaga kita sampai besar panjang ni... pernah kita kurang kasih sayang.. Tak ada kan? Pernah tak Ayah hantar kita pada pengasuh… pun  tak ada kan? Semua Ayah buat sendiri.. Sanggup kerja dari rumah.. Ada bapa tunggal  jual kuih untuk besarkan anak-anak dia yang dua orang ni… rasanya macam susah nak jumpa.. Adik dah dewasa… dah matang… boleh berfikir dengan waras.. so.. Adik ada jawapannya… Bagi Along kalau kita membahagiakan Ayah kita… Allah akan sentiasa memberikan kebahagiaan buat kita… Adik fikirlah dulu.. Along rasa Ayah bukan zalim untuk susahkan hidup Adik… Berfikir sebelum bertindak… Kenali, fahamilah dia… semuanya ditangan Adik.. pisau,timun semua kat tangan… potong jelah…” Along ni kalau dah bersuara memang kalah Datuk Fadzilah Kamsah, aku pandang Encik Sudin.. penuh dengan sikap kasih sayang.. dialah hero aku.. walau kadang macam Hitler sesekali.. maklum aku ni anak gadis yang macam teruna.. mesti kena jadi Hitler Encik Sudin ni… Kalau tak tak tahu nak jadi apa anak dia ni…
Jauh juga aku membawa diri ni… kira jauhlah dari rumah aku… saja nak bersendirian.. berfikir dengan waras tanpa dipengaruhi oleh suara-suara asing… dan aku dah dapat keputusan pun.. macam kata Along.. Encik Sudin sudah banyak berkorban untuk kami berdua beradik.. apa salahnya aku berkorban untuk membahagiakan dia… Ku terima kamu Mamat Boroi.. Chaiyok! Chaiyok! Fatin Nadira binti Samsudin…




            “Mana kamu pergi ni dik… tiga hari kamu menghilangkan diri… langsung tak ada khabar berita.. Kalau jadi apa-apa pada Ayah baru kamu tahu…” Encik Sudin mula bersuara sebaik kakiku melangkah ke dalam rumah… Alamak buat intro sedih pulak… Encik Sudin ni…
                        “Tak kemana lah Yah.. Adik pergi rehatkan fikiran ni.. bukan ke Ayah dengan Along suruh Adik berfikir… ni Adik pergi untuk berfikirlah… Alah Adik tahu Ayah tak ada apa-apa.. siapa kata tak ada khabar berita.. hari-hari Adik telefon Kak Long menantu kesayangan Ayah tu… sengaja nak bikin gempak kat Along dan Ayah… Bagi mengelabah sikit… baru gempak… tak delah nak bagi susah sampai nak repot polis… Adik ni kan anak Ayah.. semangat waja.. kalah besi waja tau Yah…apa Ayah ingat Adik nak pergi bunuh diri… never… nahe… tak kan berundur selagi belum berjuang…” Hehehe.. saja buat jahat.. ingat aku ni anak yang tak kenang budi ke? Kak Long I Love U lah.. Kak Long memang Kakak Ipar yang baik punyer….
            “Bertuah punya menantu.. patutlah bila Ayah dan Along nak repot polis punya baik dia backup Adik Ipar dia ni…. Kamu berdua ni memang…So what’s up?” Encik Sudin hanya mampu menggelengkan kepala dengan senyum yang lebar… sudah speaking London ni…
            Aku duduk bersimpuh didepan Encik Sudin, macam orang dulu-dulu konon macam gadis melayu terakhir gitu… cayalah Fatin Nadhirah Binti Samsudin…
            “Yah… Adik terima tapi dengan bersyarat… Adik nak jumpa dia dulu dan Adik nak uji dia sanggup ke tidak dia nak jaga Adik sampai hujung nyawa.. Lagipun Adik yang nak hidup dengan dia nanti… Boleh Ayah terima syarat adik ni? Ada berani?”  Cis.. aku siap jungkit-jungkit kening macam Ziana anak Pak Zain tu… Encik Sudin sudah keluar taringnya dan kepala ku jadi mangsa…
            “Yah!.. sakit tau tak Ayah jotos kepala orang ni.. bayar fitrah tahu?” Aku mengosok-gosok kepala aku yang tak sakit mana pun.. propa je lebih…
            “Padan muka kamu… siapa suruh kamu buat Ayah macam ni… siap jungkit kening lagi.. ingat Ayah heran.. Tak ada hal.. Ayah terima syarat kamu…Bila kamu nak jumpa Mamat Boroi tu? Sekarang juga Ayah telefon.. rasa Ayah Mamat Boroi tu cuti hari ini… sebab Ayah bagi tahu kat dia semalam kamu hilang… Tengok tu.. ada potensi menjadi suami yang prihatin… Ada berani?” Ek.. biar betul Encik Sudin ni… sesedap rasa dia panggil Abang Haikal tu Mamat Boroi… akukah yang bersalah beri gelaran itu… Mak!! Aku tak bersalah… mana aku ada mak..gulp!.. mak aku dah tak adalah… aku ni mana pernah dapat kasih sayang mak…. Sedihlah pulak….


            Hari penentuan dah ditetapkan, jaga kau Mamat Boroi aku buat kamu sampai kau TAK MAHU aku.. Jeng! Jeng! Misi bermula….  Aku nak tengok sama ada dia tahan tak dengan ujian aku.. Aku suruh dia datang rumahlah… mana boleh jumpa kat luar.. bahaya.. dahlah aku tak ingat muka dia sangat… Cuma yang aku ingat dia tu perut boroi.. yang lain aku gagal untuk mengingati… dia bukan istimewa untuk aku pun… so buat apa nak ingat dia kan… Jahatkah aku? Sikitlah….
            “Assalamualaikum..” dia sudah sampai ke? Oops! tepat masa… aku kata pukul 11 pagi dia sampai ngam-ngam… lulus masa…
            “Walaikumussalam.” Aku dengar suara Ayah menjawab… aku pun jawab juga.. dalam hati… dup dap dup dap dada aku ni… takut juga wei…
            “Adik! Oh Adik! Mamat Boroi ni dah sampai…” Gulp! Biar betul Encik Sudin ni panggil dia macam tu… habislah aku… aduyai… langsung tak kalis… Fatin Nadirah Binti Samsudin… cool okey… cool….
            Langkah malas aku menuju ke ruang tamu.. macam nak jatuh hukum dalam mahkamah.. ini bukannya mahkamah tinggi atau yang sewaktu dengannya, ini mahkamah Encik Sudin… Macam manalah rupa dia sekarang… masih boroi ke?… Takutnyer…
            “Dik.. apalagi jegat kat situ?” Encik Sudin ni.. ada je.. dahlah aku tengah bengang tahap gaban ni… langsung tak cover line depan menantu pilihan dia… aku memandang jejaka yang ada di depan ku….
            Ek… apasal kurus pulak.. perut dia.. perut dia… ha.. tak boroi lagi dah.. aku menelanjangi wajah dia tanpa rela tuan punya badan.. muka dia.. ada misai… mat misai dia ni… tapi tak delah sampai tahap Sarjan Misai a.k.a A.Galak dalam cerita Gerak Khas tu… mata dia masih macam dulu.. tak besar sangat… bulu mata tetap lentik.. kening tetap lebat.. dan kulit tetap gelap tapi bukan macam mat India… hitam manis..… nak kata hensem tu adalah sikit… tapi manis tu banyak… tengok baju dia pulak.. kemeja lengan panjang warna biru muda jalur halus lipat sampai kat siku.. baju masuk dalam.. tang seluar dia.. pakai jeans blue black.. not bad.. aku memang suka lelaki yang kemas.. pergh!.. boleh tahan ni.. lulus dari pihak Fatin Nadirah binti Samsudin…
            “Em.. Em… habis dah x-ray saya ni? Lulus ke tak ni?” Ek.. alamak kantoi.. mana meja.. aku nak masuk bawah meja… malu dowh!!!. Aku tengok kiri kanan.. mana Encik Sudin ni.. mak ai! Aku berdua je ke ni! Padan muka aku! Spontan aku tundukkan wajah.. tak sanggup untuk bertentang mata untuk sekali lagi… baik aku kira jari kaki yang cantik ni… Muka dan badan memang dah panas ni… malu!
            “Dira.. tak nak pelawa saya minum? Kenapa awak pandang jari kaki awak je? Dah tumbuh lagi satu jari ke?” Soalan sengal yang pernah aku dengar lantas aku mengangkat wajah dengan pantas…
            “Ouch!” kami menjerit serentak.. sakitnya kepala aku… pasal pulak ni.. rupa-rupanya dia berdiri tidak jauh dari aku tanpa aku sedar dan tanpa sengaja  kepala aku terhantuk di dagunya.. sungguh sadis…
            “Ya Allah! Adik apa kamu buat ni sampai berdarah mulut si Haikal ni….” Ops! Sampai berdarah ke.. masin mulut aku ni.. kan aku kata dulu tentang habisan sampai titisan darah terakhir……
            “Adik! Sempat lagi berangan.. Subhanallah punya budak… pergi ambil tuala kecil dengan air suam… cepat!” Hitler sudah jerit…cabut!!...
            “Tak ada pelah Pak Din sikit aje ni.. Kal yang salah tadi berdiri dekat sangat kat Dira….” Uh… cover baik Mamat boroi ni tapi… kan dia dah tak boroi… suka hati aku je…
            Ketak tangan ni bila nak bersihkan bibir dia… sikit je… darah je banyak sikit… hahaha… sadis betul pertemuan pertama ni… giliran Haikal meneliti gadis didepannya….Dira…Dira comel kau sekarang ni ya… tak sangka budak comot dah jadi comel… sedap mata memandang… pipi tembam, mata bundar … biarpun kening tak lebat, bulu mata tak lentik… tapi yang mahal lesung pipit kat dua belah pipi… biar tak secantik macam Pretty Zinta tapi tetap comel di hati Haikal…
            “Dira pandang saya…” arahan di terima otak…. dan…. kepala lantas berpaling ….. dan…. Mata bertentang mata lidah kelu tak terkata apa… biar sekeliling yang berbicara…. Di dalam dada ada bunyi gendang sedang berdendang riang…kupu-kupu berterbangan…  dah sudah budak dua ni…
            Encik Sudin yang baru masuk dari dapur terkejut melihat dua insan bernyawa yang saling berpandangan tanpa kata macam patung cendana…
            “Ehem! Ehem! sudah.. sudahlah tu…. Tak kemana perginya nanti…” Ek.. malu dowh! Kena tangkap dengan Encik Sudin ni…. Mamat Boroi ni boleh pulak buat muka selamba je… aku.. jangan cakaplah macam nak menyorok bawah meja… Aku terus bangun dan berjalan ke dapur… dengan alasan nak hantar tuala dengan mangkuk yang berisi air suam tadi… Apalah aku ni boleh jadi kelam kabut ni… macam mana nak buat ujian ni… belum-belum aku yang dah tak lulus….


            “Dira… nak minum apa?” gara-gara Encik Sudin sibuk tahap dinosaur terpaksalah Mamat Boroi ni hantar aku pergi beli tiket nak balik Melaka. Bukan aku tak boleh beli sendiri tapi Encik Sudin sudah inform awal-awal lagi kat Mamat Boroi ni… dia pun dengan rela menjadi Pak Supir ku…
            “Capucino Hazel Nut…” kesukaanku di Rengit Coffee… Mamat Boroi ni kenapa asyik pandang aku je… aku ada tumbuh tanduk ke?.. Tak ada kan…aku raba kepala ku… confirm tak ada tanduk…
            “Makan?” aku hanya geleng kepala je.. aku pun tak tahu bila depan Mamat Boroi ni aku boleh jadi hilang suara… Haikal mula rasa tak selesa bila aku hanya bercakap sepatah dua kata.. nampak sangat yang dia nak aku berbual mesra macam dulu kecik-kecik…
            “Dira… apa-apa pun Dira perlu bercakap dengan saya… suka atau tidak kita dah bertunang sejak 15 tahun dulu… Kal tak nak kita macam dua orang asing duduk disatu meja tanpa berkata apa… kita perlu kata putus… Dira faham kan.. keluarga nak yang terbaik untuk kita.. Kal tak nak rosakkan kebahagiaan mereka.. Tak salah sebagai anak kita turutkan kata mereka.. tapi sebelum itu Kal nak tahu adakah Dira dah berpunya?” Mana hilangnya Abang Haikal kenapa dah jadi Kal… apa aku nak jawab ni..
            “Dira!”
            “Awak.. saya tak tahu nak cakap apa.. awak pun tahu kan.. semua ni mendadak buat saya…saya di suruh balik kampong dan diberitahu yang saya dah ditunangkan dari kecik.. lepas tu kena kawin dalam masa terdekat.. cuba awak cakap kat saya.. kalau awak jadi saya apa awak rasa…..dan apa perlu awak buat? Berpunya atau tidak ini bukan persoalan… semua orang punya impian dan cita-cita yang perlu direalitikan.. tapi tengok apa jadi pada saya.. habis belajar,baru je kerja dah kena kawin… satu impian pun tak tercapai lagi… sedih tahu…” Ha…  kan aku dah keluar aura serius siapa kata anak Encik Sudin ni tak serius… serius beb… terkejut kamu…
“Macam Dira juga… Kal pun baru tahu baru-baru ni… tapi macam Kal cakap tadi keluarga nak yang terbaik untuk kita.. Kal tak mampu janji apa-apa… tapi Kal akan cuba bahagiakan Dira macam Ayah Dira bahagiakan Dira… capailah impian Dira jika itu mampu bahagiakan Dira… Kal akan sokong Dira selagi Kal mampu buat begitu.. Dira ambillah masa banyak mana pun Kal tak kisah.. yang penting bila dah jadi isteri Kal nanti Dira pandai bawa diri dan jaga nama baik keluarga dan suami Dira…” lembutnya suara dia… bisa ku jatuh cinta dong… aku hanya mampu memandang wajahnya tanpa suara… angguk sudah.. Fatin Nadirah binti Samsudin mana janjimu untuk memberi ujian… tak sempat bagi ujian dah dapat A plus… Hebat juga penangan anak Pak Dollah ni… 

************************************************************************

Setelah pertemuan dua bulan yang lalu kami terus tak berjumpa sehingga hari pernikahan.. telefon pun tidak sms pun sesekali itu pun nak tanya baju warna apa dan tema majlis warna apa… barang-barang hantaran pun main beli sendiri tapi duit Mamat Boroi tukang beri…dari kad kawin sehingga pelamin dan baju pengantin semua Encik Sudin yang uruskan bersama Along dan isteri…. Bukan aku protes tapi aku kena pergi kursus kat Sarawak selama dua bulan siapa nak jawab tu… sendiri jawablah…
Kecoh dibuatnya bila aku sampai rumah pukul 12 tengahari sedangkan aku nak bernikah lepas zuhur… bukan salah aku pun.. flight delay aku nak buat macam mana.. tak kan nak terbang kot…mana aku ada kepak.. tak kan aku nak mendayung merentas Laut Cina Selatan… itu dah dikira hilang akal… Syukur aku sampai.. kalau tak siapa nak ganti pengantin yang tak muncul… Ops.. Encik Sudinlah kena ganti… menikah dengan Mak Joyah janda anak lima yang duduk hujung kampong yang syok kat Encik Sudin selepas dengan baik hatinya Encik Sudin hantar Mak Joyah pergi klinik lepas dia terjatuh depan kedai kek Encik Sudin tu…dah lama dah lima enam tahun ada…
“Adik! Dah siap ke belum… Tok Kadi nak masuk ambil tandatangan..” alamak dah sampai masa ke.. sal jantung aku ni macam nak berlari pecut ni.. cool! Fatin cool! Control sikit wajah tu… ayu-ayu gitu..
“Fatin Nadirah binti Samsudin awak setuju tak kalau dinikahkan dengan Fareel Haikal bin Abdullah? Jika setuju turunkan tandatangan..” serius gila muka Tok Kadi ni… boleh putus urat kentut ni… takutnyer…
“Kalau saya tak setuju… pernikahan ni boleh dibatalkan Tok Kadi?” apa aku buat lawak ni… Encik Sudin ku membuat muka  yang pelik…melopong mulut.. boleh masuk bola tenis… yang kalau beruk tengok pun boleh terkejut… so kena tukar peribahasa terkejut Encik Sudin bukan terkejut beruk… Orang sekeliling dah mula berbisik. Macam langau pulak jadinya….
“Pernikahan memang boleh dibatalkan tapi mesti bersebab.. contoh kena kawin paksa..” memang aku kena paksa pun…
“Adik! Jangan buat Along kena serangan jantung di usia muda.. ini bukan gelanggang Maharaja Lawak kalau nak buat lawak pun… jangan main-main boleh tak…?” Aku pandang wajah Encik Sudin yang pucat… terkejutlah tu…. Muka Along tak boleh blah.. serius.. takutnyer….
“Adik ada hak apa?” aku sengaja main-mainkan dia orang siapa suruh aku kawin awal… dah tu kena tunang dari kecil… tanpa restu aku tau…. Sebelum aku buat jahat ni aku dah periksa Encik Sudin memang tak ada sakit jantung… Along tak ada kot…
“Dira… pandang saya…” aku rindu suara itu… siapa yang tak rindu… tunang tu… saja ego.. otak bertindak mengikut arahan… pandang jangan tak pandang… rugi woo tak pandang… tenangnya wajah dia dalam keadaan genting macam ni… Along pun boleh bertukar tapi dia ni cool je….
“Say something… sayang… jangan buat semua orang tertunggu…apa pun keputusan sayang Abang terima dengan redha…” Gulp! Sudah tukar ka.. sayang…. Abang… bestnyer… sempat lagi nak berangan…
“Awak tu… bukan sayang saya… tak telefon pun… sms pun pendek je.. tak pernah tanya saya sihat ke? Dah makan ke? Dua bulan saya tunggu awak tahu… tak kan saya nak telefon awak dulu.. mana boleh perigi cari timba…” adegan sedih sudah bermula…
“Abang bukan tak nak telefon sayang.. kan sayang kata kalau dah terbit rasa cinta jangan telefon…sms benda yang penting je… jangan tanya soalan peribadi.. kalau Abang telefon maknanya Abang tak cinta… nak sms lebih-lebih tak boleh.. apa pilihan yang Abang ada.. tak ada pilihan pun… penat tau Abang pendam perasaan rindu ni… sakit sangat.. ada tak ada tengok gambar sayang yang Abang curi-curi ambil masa Abang hantar sayang beli tiket tu… angau tahap kritikal Abang ni sampai mak cik cleaner kat ofis tu perasan…”
“Betul! Awak cintakan saya?” aku dah mula pintal-pintal hujung tudung.. gediknya aku masa tu… tak kira aku dan Mamat Boroi jadi bahan tontonan.. ada aku kesah…
“Of course! Abang cintakan sayang sejak kita kecik lagi… Sayang tahu tak sayang comel sangat buat perangai macam ni… rasa nak picit je pipi yang tembam tu…” aku perasan tangan Mamat Boroi dah mula mendekat… tapi tak sempat pun.. ada suara sumbang mambang memecah suasana..
“Ha! Jangan nak buat perangai pulak kamu berdua ni… nak menikah ke tidak? Kalau tidak Ayah suruh Tok Kadi ni balik..” Hitler sudah bersuara…
“Naklah!” Ops malunya kami berkata serentak.. gila tak nak bernikah dengan Mamat Boroi ni… boleh masuk Tanjung Rambutan tak dapat bernikah dengan budak comel ni… saja je tadi nak menguji…
“Adik! Propa lebih! Along jotos baru tahu…sabar ajelah dapat adik macam ni… benda lainlah nak melawak pun… ada masa ni pulak nak buat perangai…”
“Along janganlah marah… nanti Along nampak tua.. tak hensem… sayang Along…” selamba je aku peluk Along… kan dia buah hati aku juga…
“Adik… cubalah matang sikit… syukur tak ada yang kena serangan jantung…. Gila kentang betul budak ni ya… mudah-mudahan Haikal boleh bersabar dengan karenah kamu… dah cepat tandatangan borang nikah tu… jangan nak buat propa lebih-lebih… Adik! Adik!” semua orang menarik nafas lega… Fatin Nadhirah binti Samsudin bikin panas je….


           
            “Kenapa buat abang macam tu tadi?” itu soalan pertama yag keluar dari mulut Mamat Boroi saat kami masuk di dalam bilik setelah majlis selesai…
            “Saja… nak uji orang tu… baru gempak… tahu takut!” aku dah naik kening Ziana anak Pak Zain… Mamat Boroi a.k.a suami membulatkan mata memandang aku… takutnyer… serius gila muka mamat ni… jadi aku pun kena serius lah ni… leceh betul mamat ni…
            “Perlu ke uji Abang macam tu? Perlu ke?”
            “Perlu.” Jawabku berani…
            “Beri penjelasan..” alamak dia dah pegang bahu aku… tenung aku macam nak telan je… jantung aku ni pun dah dup dap dup… cool beb… tarik nafas lepas perlahan-lahan jangan gelabah ya…
            “Nak tengok kesungguhan awak sama ada awak ni berkawin atas dasar paksaan orang tua atau kehendak awak sendiri.. saya tak nak nanti ada masalah lepas kita kawin, saya tak mahu kita saling ungkit mengungkit.. saya tak mahu jadi janda… lagi-lagi janda muda.. tak rela tahu…. Lagipun saya mana kenal awak sangat pun… masa kecik-kecik tu adalah jumpa tapi masa tu kita kecik lagi… awak pun bukan suka saya pun masa tu… suka buli saya… saya tak nak kena buli bila kita dah kawin… awak marah ke? Saya cuma nak tahu apa yang ada kat hati awak je… kalau awak nak marah saya… marahlah saya dah tak kisah dah… sebab saya dah tahu awak cintakan saya… sejak kecik lagi… so sweet!..” perangai gedik aku sudah sampai…. kelu lidah suami aku untuk berkata lagi… nak buat macam mana dah sayang, dah cinta… terimalah dia seadanya…
            “Awak napa diam je ni?” pelik aku tengok suami aku ni, aku salah cakap ke..
            “Awak!” aku tepuk kuat bahu Mamat Boroi a.k.a suami aku ni…
            “Panggil saya abang boleh?” aku hanya anggukkan kepala…
            “Sayang… Abang tak tahu apa perasaan sayang kat Abang… apapun dalam rumahtangga yang kita bina ni kita perlu ada sefahaman, tolak ansur, toleransi, terima pasangan kita seadanya.. terima kekurangan dan kelebihan dia.. saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.. rumahtangga ni ibarat kapal di tengah laut, perlu ada hanya satu nakhoda saja untuk kita berlayar dengan selamat dengan dibantu oleh penolongnya… kalau ada dua nakhoda kapal tu karamlah… sebab semua nak beri arahan… tak ke sadis tu… jadi abang nak sayang bantu abang untuk belayar dengan selamat hingga ke syurga… boleh?” angguk sudah… ni ke suami aku ni… macam tak percaya je…
            “Angguk je… cubalah bersuara.. rindulah nak dengar suara sayang… kita duduklah.. penatlah berdiri..” aku dibawa duduk di tepi katil.. aku ni pun dah kena pukau je.. ikut je arahan dia.. aku nak suara aku balik… mana suara aku ni… selalu akulah orang paling berani… bangunlah dari mimpi ya Fatin Nadhirah binti Samsudin.. tarik nafas jap… ehem…
            “A….bang… maafkan sa… yang..” iskh susahnya nak sebut abang sayang bagai  ni… mamat ni pun satu mata tu tak lepas merenung aku… boleh je aku buat pengsan ni kang… baru gempak pengantin perempuan pengsan malam pertama perkahwinan… front page dowh!
            “Sal gagap pulak ni… tadi berani sangat siap angkat kening kat Abang.. emmm..” alamak romantisnya dia ni… tangan dia napa tak reti diam pulak… merayap entah kemana-mana…. seram sejuk aku dibuatnya…  alamak siap sandar dagu kat bahu ni…hei… jantung boleh degup perlahan sikit tak? Apa aku nak buat ni… Mamat Boroi ni pun mengada lebih…… Along… Kak Long… Ayah tolong!!!!!!!!!!!


           

“Sayang… buat apa tu….?” kus semangat terkejut dowh!.. Mamat Boroi ni lau tak terkejutkan aku tak boleh ke.. aku menjeling geram…. Rasa nak hempuk je pakai senduk ni… boleh ke? Tak naklah nanti jadi isteri derhaka…
            “Sayang….”
            “Masak bubur lambuklah… macam sedap je…”
            “Mana belajar ni?”
            “Internet…”
            “Advance..”
            “See the leg lah..”
            “Riak…”
            “Apa raba-raba ni…” aku mula rimas bila tangan dia dah tak reti diam…
            “Mana Hakim?”
            “Hai bang! Tak kan lupa kot… kan Ayah ambil pagi tadi… esok kan saya ada teambuilding 3 hari kat Melaka…” aku mula geram dengan perangai suami aku seorang ni… mudah je dia lupa….
            “Pengantin barulah kita ni ya..?” eee…. Jahatnya muka dia… ni yang aku tak suka ni…
            “Abang ni mengada ya… sanalah pergi mandi.. dahlah busuk…suh!suh!suh!” macam halau ayam pulak… tak kira… rimas aku dengan sikap mengada dia…tapi aku sayang banget kat dia…
            Encik Sudin dah berkawin dengan Mak Joyah enam bulan lalu… kesian kat ayah dah menduda lama… Alhamdulillah nampaknya Ayah bahagia… Mak Joyah menjaga Ayah dengan baik. Anak-anak Mak Joyah menerima Ayah dengan baik.. aku pun boleh terima dia orang.. meriah sedikit rumah Ayah bila aku balik rumah.. mana taknya ramai adik beradik.. anak Mak Joyah yang kecil tahun ni ambil UPSR. Taklah Ayah sunyi.. adalah kerja Ayah untuk menghantar adik tiri aku ke sekolah…



            Makan malam hari ini cukup romantis… siap ada lilin lagi…konon-konon candle light dinner gitu… sapa kata Fatin Nadhirah Binti Samsudin ni tak romantik… biarpun hanya makan bubur lambuk… sesekali luar dari kebiasaan.. ialahkan… biasanya orang makan steak, chicken chop, lamb chop dan macam-macam chop lagilah…  nasib kaulah ya Mamat Boroi a.k.a suamiku…
            “Sayang…”
            “Em…”
            “Sayang…”
            Mamat Boroi ni kenapa pulak sayang.. sayang pelbagai.. cakap je lah jangan cakap nak kawin dua sudah… merana aku nanti… jelingan maut ku hadiahkan… jangan nak mengada ek.. mentang-mentang anak tak ada.. wah! Nak ambil kesempatan pulak… nak rasa aku punya side kick ke?… Opss! Jangan jadi isteri derhaka…
            “Sayang…” entah dah berapa kali Mamat Boroi nak panggil ni…. Heeee geramnya…
            “Ya! Cik Abang Sayang…”
            “Sayang… bahagia tak kawin dengan abang?” glurp! Apa soalan ni… bahagialah lau tak bahagia confirm aku dah 1 2 3 cabut!!!!!!!!.
            “Napa nak tanya?”
            “Nak tahu.”
            “Untuk apa?”
            “Manalah tahu sayang tak bahagia dengan abang.. abang ni dahlah tak hensem… boroi pulak tu…. Duit pun tak banyak sangat… kerja pun kuli je… apa yang ada untuk sayang adalah kasih sayang dan cinta abang yang tak berbelah bagi… biar nyawa abang sebagai galang ganti.. abang rela demi sayang dan anak kita…” alamak! Sedihlah pulak… abang ni cuba jangan buat drama sedih depan rezeki ni… nasib baik dah habis makan…   lau tak satu sudu bubur pun tak boleh masuk…
            Aku bangun menghampiri suami ku yang terchenta a.k.a Mamat Boroi a.ka. Fareel Haikal berapa banyak nama dia dah… aku tak nak sedih aku nak bahagiakan dia… aku genggam erat jari jemarinya dan ku kucup jemari itu tanda aku menghargai dia, menyintai dia dan segala-galanya hanyalah untuk dia… aku tarik nafas ku dalam-dalam dan tepat kurenung anak matanya…
            “Abang… awak adalah anugerah terindah yang Allah berikan pada sayang… biar datang beribu dugaan… cinta sayang pada abang tetap utuh… kerana sayang telah diciptakan dari tulang rusuk kiri abang… kita saling melengkapi antara satu sama lain.. dan Allah memberikan abang untuk sayang dan begitu juga sebaliknya… dan doa sayang moga kita bahagia di dunia dan akhirat… Abang adalah nyawa sayang… tanpa abang sayang akan mati….” Kan aku dah nangis… orang tak nak nangis lah….
            Lantas ku di bawa dalam dakapannya erat seeratnya seakan tidak mahu untuk berpisah… kudengar bisikan lembut ditelingaku…
            “Selagi abang bernyawa abang akan jaga sayang dan anak-anak kita… kita akan berbahagia menikmati cinta kita yang suci.. mudah-mudahan rumahtangga kita akan dilindungi Allah selalu.. em… dah sebut anak-anak ni… bila nak bagi adik kat Hakim… emm…” dah sudah suami aku ni… baru je nak tangkap lentok.. dah lain lagunya… uhh! Tak romantik langsung….
            Siapa kata pilihan keluarga tak bahagia… Alhamdulillah.. Allah sayangkan aku sebab itu diutuskan seorang insan yang baik untuk aku… betul kata Along macam ada skrin televisyen buat siaran ulangan kat kepala ni mengingati kata-kata Along “Bagi Along kalau kita membahagiakan Ayah kita… Allah akan sentiasa memberikan kebahagiaan buat kita… Adik fikirlah dulu.. Along rasa Ayah bukan zalim untuk susahkan hidup Adik… Berfikir sebelum bertindak… Kenali, fahamilah dia… semuanya ditangan Adik.. pisau, timun semua kat tangan… potong jelah…”
            Along! Terima kasih… Adik sayang Along…  betul kata Along.. baru adik faham konsep pisau dan timun… Along nak adik beranikan menempuh alam rumahtangga ni biarpun bermacam dugaan datang melanda… Ayah.. terima kasih bebanyak…. Adik bahagia sangat…  Aku eratkan pelukan ku  untuk suami yang tersayang.. biarlah kulayari alam rumahtangga ini dengan sebaiknya bersama insan yang paling kucintai… Aku cinta kamu.. Mamat Boroi…


Samiza Ezanie…
4.52pm
19/08/11
           
           

           

           






No comments:

Post a Comment