Thursday 18 August 2011

Cerpen pertama yang disiarkan di Penulisan2u.my



DAMAI

Remang pagi ini aku mencari sebuah kepastian tentang sebuah hakikat kehidupan. Puas aku menyusuri liku-liku kehidupan. Cukup puas dengan segala dugaan yang datang tapi hakikat yang dinamakan kehidupan ini tidak pernah puas dengan segala dugaan. Aku yang mahu lari dari semua ini.. namun semakin aku berlari semakin ia mengejar diriku… semakin aku jauh semakin dia dekat.. namun itulah yang dinamakan kehidupan. Aku pasrah dengan kehidupan dan aku redha dengan segala yang datang… Aku tidak boleh menolak takdir apa yang disuratkan itulah yang tersirat… dan apakah yang harus dilakukan aku harus lalui lorong kehidupan dengan tenang dan tabah. Usah menolak apa yang datang kerana itulah realiti yang bernama kehidupan.. Usah ditolak dugaan yang datang… Cabaran demi cabaran yang datang makin mematangkan fikiran… kekalahan itulah guru yang paling berguna dalam kehidupan…
Hidup ini umpama bola… ditendang  untuk mencapai matlamat dan tujuan… dan memastikan tendangan itu menepati sasaran, Jika tersasar sudah tentu tidak akan dapat menikmati kejayaan. Oleh itu kita harus bersedia untuk menjadi penyerang yang berani kerana kita harus yakin.. penyerang akan menang jika dia memusatkan segala fokus dan fikiran. Usah menidakkan apa yang datang… Terkadang kita perlu mengalah.. untuk menang… mencari identiti dan matlamat yang bernama kehidupan… Mungkin kali ini tidak berjaya ..namun esok lusa tiada siapa yang dapat memastikan apakah yang akan terjadi pada diri kita… seperti kata pepatah… biar genggam api hingga jadi bara.. biarpun panasnya membakar tangan namun akhirnya… kita akan tersenyum bahagia… mengepal kejayaan… Realiti bernama kehidupan ini amat jauh berbeza dengan fanatsi… berkhayal dan berimaginasi… kadang itu adalah satu cara untuk kita mengapai realiti…namun tanpa usaha yang pasti ia akan menjadi debu yang berterbangan… 
Hakikat…..
AHHHHHHHHHHHHHHHHHH… Bosan….
Amsyar sudah puas berfikir tentang realiti dan fantasi kehidupan… mahu atau tidak dia harus teruskan jua untuk melalui segala ranjau dan duri kehidupan… Arina… mengapa harus aku lalui semua ini keranamu Arina… Bukan aku membenci dirimu sebenarnya aku dah penat untuk memahamimu.. Puas Arina… Kenapa kau degil Arina.. Puaskah kau dengan apa yang kau perlakukan padaku… kau katakan kau cinta.. kau sayang.. kau rindu tapi bila aku ingin bertemu denganmu.. kau terus menolak.. kau berikan aku segala harapan dan impian namun kenapa impian itu hanya tinggal impian… Apakah yang kau ingin buktikan pada aku Arina… Aku cinta dan sayang bukan kerana rupa paras tapi segala kelembutan yang telah kau bayangkan padaku…Tulisanmu sering mengocak kedamaianku..Arina… Sampai bila kau harus menyiksa aku Arina…
Arina… Aku hanya dapat membayangkan dirimu melalui orang lain yang mengatakan kau lain dari yang lain.. kau  bukan seperti gadis lain.. kau tegas… aktif.. lasak dan sejujurnya aku ingin mengetahui apakah kelainan dirimu.
“Amsyar….! Amsyar……..!Oiiiiiiiiiiii mamat ni kalau dah berangan satu benda pun tak jadi.. orang panggil pun tak dengar… confirm memang dah teruk… sengal…” Iskandar.. geram dengan sikap Amsyar yang yang berubah semenjak dua menjak ni… nak kata angau tak pernah pun nampak berdating.. balik kerja balik rumah tidur … main futsal.. itulah yang dia tahu… kalau tidak memancing…
Geram dengan sikap Amsyar, Iskandar menepuk kuat bahu Amsyar… Amsyar terpisat-pisat bila dia menyedari yang Iskandar menjegilkan mata kepadanya dan bercekak pinggang. Sakit juga bahunya akibat tepukan kuat dari tangan Iskandar yang pejal dan mampat..
“Apahal… kau ni Is… aku nak releks pun tak senang…nak apa?”
“Aku nak inform kau hari ini ada meeting dengan client.. kau jangan nak mengelak je… dah berapa kali aku kena gantikan tempat kau… kali ni sorry aku tak senang…”
Client mana pulak ni… alahai… malasnya aku… ko tahu tak hari ini hari apa? Hari ini Monday blues tau tak… aku memang tak ada mood… kalau boleh aku nak duduk ofis je… alah.. kau ganti akulah hari ini… kali ni je… lainkali aku janji aku akan tolong kau…”
“Boleh… boleh sangat… kalau aku tak ada kerja… masalahnya hari ini aku nak pergi bank. Lepas tu aku nak jumpa Tuan Haji kita tu… lupa ke? Hari ini kan hari gaji aku nak bank in gaji koranglah.. Tapi.. takpelah kalau ko tak nak gaji aku ganti tempat kau.. So ada berani..?” Geram tak sudah Iskandar dengan sikap sambil lewa Amsyar.
“Lemah betullah aku.. Client mana aku nak jumpa?  Sorry to say.. aku lupa sungguh.”
“Kau jumpa Cik Suhada.. dari Arida Electronic. Kat The Zone Stulang.. Coffee house depan Marry Brown tu.. Alamak.. kau belum pernah jumpa dia kan.. Aku bagi nombor telefon dia kat kau lah… Dia ni susah nak senyum.. serius memanjang… kadang aku pun tak faham dengan cara dia.. tapi.. nak buat cam mana dia client terbesar kita …  so far dia ok.. Lawa tu idak le… tapi manis tu ada… ada lesung pipit..”
“Kau ni dah kenapa buat promotion pulak… kau ingat aku ni pilih bulu ke? Bagilah nombor dia kat aku.. tahulah aku nak handle dia nanti… Alah perempuan… no hal lah.. Ini Amsyar ok…”
“Ko jangan cakap besar Am… ko belum jumpa dia..  nanti kalau kau terduduk kau jangan salahkan aku pulak…”
“Dah kau jangan nak memandai… bala yang ada ni pun tak selesai.. kau nak tambah lagi satu bala………. Kau ingat aku ni apa… playboy.. dahlah malas aku nak fikir.. pukul berapa meeting?”
Lunch hour… nah ambil kad kredit aku ni… jangan kau shopping sakan sudah… ni under company budget.. good luck young man…”
“Kau ni kenapa? Macam aku nak gi mana pulak.. oklah aku blah dulu.. malas betul aku nak menempuh jalan sesak.. kalau aku sampai dulu.. lagi baik.. tak kan dia nak tunggu aku..”
Iskandar menghantar Amsyar dengan ekor matanya… Amsyar rakan sekerjanya sejak setahun lalu. Amsyar komited dengan kerja Cuma sejak kebelakangan ini dia berlainan. Namun begitu langsung tidak menjejaskan prestasi kerja.

Amsyar tiba agak awal, oleh itu dia memesan minuman terlebih dahulu. Amsyar membelek menu yang ada ditangannya, pelik sungguh nama makanan yang dijual. Perempuan ni pun satu hal jumpa kat tempat macam ni.. jumpa kat ofis kan lagi bagus.. Nanti kalau jumpa member aku kata aku berdating pulak… kalau Arina nampak lagilah naya aku.. Kenal ke Arina dengan aku jumpa pun tak pernah.. Cuma email je dan sms. Dengar suara pun tak pernah apatah lagi nak jumpa aku… mimpi betul.
“Maaf lambat En Amsyar kan?” terkejut Amsyar melihat orang dihadapannya.. Ini ke Cik Suhada? Biar betul? Betul ke dia ni eksekutif Arida Eletronics. Penampilan langsung tak melambangkan pangkat yang disandang. Ada ke dia pakai jeans dan tshirt  pas tu pakai topi… rambut dia.. mak ai.. panjang lagi rambut aku.. sure confirm pengkid.. tomboilah tu..
“Ha… ok tak pe… silalah duduk saya pun baru sampai ni” Amsyar lekas menjawab.. apalah jahat sangat aku ni.. kutuk perempuan ni pulak.
“Bagi I Hot Capucino.. itu saja..” Suhada bersahaja memesan minuman tanpa mempelawa Amsyar dihadapannya.. Dia bukan sombong tapi itulah sikapnya.
Amsyar mengutuk didalam hati…sombong tul minah ni..
“Cik Suhada tak nak makan ke? Orderlah apa yang Cik Suhada rasa nak order. Apa-apa hal kita makan dulu baru diskus apa yang patut. Sebelum tu kita kenyangkan perut dulu.”
Sorry thanks saya tak lapar, saya dah ambil heavy breakfast . Awak sajalah yang makan.”
“Saya pun tak lapar ni… kalau cam tu kita terus diskus sajalah.” Amsyar terus memberikan cadangan. Lemas dengan sikap Tomboi dihadapannya. Perbincangan dimulakan dengan beberapa masalah yang timbul sejak kebelakangan ini. Bukan kerana servis syarikat Amsyar yang tidak bagus tapi banyak faktor luar yang menyumbang kepada permasalahan mereka.
Perbincangan agak serius, tidak terlihat pun sedikit senyuman diwajah Suhada. Semuanya terlalu serius, Amsyar tidak suka dengan cara Suhada namun demi pelanggan dia terpaksa.. kalau tidak mampus tak layan..  Perempuan ni tak ada hati ke? Mungkinlah kot… Amsyar membiarkan Suhada melahirkan apa yang terbuku dihati. Nampak gayanya siapa yang dapat minah ni… mesti confirm merana. 
Dia ni tak reti nak senyum ke? Hari ini dia menjadi pendengar yang baik… bukan apa-apa dia mahu segalanya selesai dengan cepat. Pertama kali jumpa perempuan yang pelik, lain dari yang lain. Adakah Arina begini juga perangainya… entahlah..
“Oklah En. Amsyar apa-apa pun saya ucapkan terima kasih, saya terpaksa pergi sekarang ada hal lain yang harus saya selesaikan.”
Ok… nice to meet u… take care and drive carefully.” Amsyar sengaja berpesan begitu dia nak tengok minah ni ada perasaan ke tidak. Manalah tahu tersenyum dan menghargai. Cis apalah aku ni… Nak cari bala nampak…
Same to u too.” Suhada membalas dengan sekuntum senyuman dan menampakkan sepasang lesung pipit yang menawan. Amsyar terkedu seketika dengan debaran didada yang tiba-tiba menjadi tak menentu. Suhada membetulkan topinya dan ini menambahkan resah di dada Amsyar. Manis juga minah ni… Alamak apahal pulak aku ni nak judge dia.
Suhada berlalu pergi meninggalkan Amsyar terpinga-pinga keseorangan. Entah mengapa sepanjang perbincangan tadi dia lebih suka mendengar dari memberikan pendapat. Biasanya dia akan bercakap bila dirasakan ada yang tidak kena namun hari ini dia bagai terpukau dengan gadis pelik yang pertama kali ditemui.

Amsyar meninggalkan Coffee House dengan langkah yang bersahaja. Memang dia jenis orang yang selamba. Penampilan dia ok hari ini. Dia memakai kemeja putih berjalur halus warna hitam dan seluar slack hitam dipadankan juga dengan kasut hitam. Cuma tak pakai tie je.. rimas. Mak kata kulit dia hitam manis tak sesuai pakai kaler terang-terang nanti terbakar. So kenalah pakai kaler yang lembut barulah nampak hensem. Lama dah tak jumpa mak rindu juga ni… Minggu depan balik kampunglah jumpa mak…
Kereta Wira aerobacknya diletakkan agak jauh kerana tiada tempat parking sewaktu dia sampai tadi. Panaslah pulak.. sabar ajelah aku hari ini.. jumpa gadis pelik kena jalan jauh. Apalah nasib badan… Balik ofis, settle kerja… pastu balik awal… beli kasut futsal baru yang dah koyak last week.
Sewaktu dia membuka pintu kereta terpandang seseorang yang cukup dikenali. Apahal si Suhada ni termenung sebelah kereta aku ni… Dia tunggu aku ke… tahu ke dia ni yang kereta ni kereta aku. Baik aku tanya sebelum aku lebih konfius.. Malu bertanya sesat jalan kang.. lagilah haru nanti jadinya.
“Cik Suhada apahal ni..?”
“Eh En. Amsyar… ni ha tayar kereta saya pancit… nak tukar baru teringat yang jek kereta saya baru keluarkan semalam masa mengemas kereta ni.. Nak minta tolong sapa pun tak tahu… ni yang termenung sekejap. Cari idea macamana nak buat.”
“Kalau Cik Suhada tak keberatan boleh saya bantu?”
“Tak menyusahkan awak ke En. Amsyar? Awak tak ada appointment lain ke lepas ni? Takut mengganggu awak pulak.. saya tak naklah susahkan awak..” Suhada agak keberatan takut Amsyar ada komitmen lain. Tak nak dikata mengganggu privasi orang.
Alah.. hal kecik aje ni.. bukan lama pun.. at least paling lama pun satu jam. Lagipun panas ni… tak kan awak nak berdiri kat tengah panas ni lama-lama? Tak pe… saya tolong awak key.”
Amsyar menyingsingkan lengan baju dan mula mengambil jek didalam boot kereta. Suhada terpinga-pinga dengan gelagat Amsyar yang bersahaja. Suhada mengambil payung di dalam kereta bila dia melihat Amsyar berpeluh-peluh menahan terik matahari. Terbit perasaan kasihan dihatinya.  Amsyar membiarkan Suhada memayunginya, nasib baik dikhalayak ramai kalau tidak mahu sahaja dia membuka baju. Perlahan dia mengesat peluhnya dengan lengan baju. Suhada lekas mengambil saputangan didalam poketnya dan tanpa perasaan dia mengesat peluh didahi Amsyar. Amsyar terpegun dan kerjanya terhenti seketika. Tanpa sengaja sewaktu dia cuba menghalang Suhada mengesat peluh di dahi dia tersentuh tangan Suhada. Mereka masing-masing terdiam… Muka Suhada berbahang merah tersipu malu…
Alamak minah ni.. kenapa caring sangat dengan aku ni… dada aku ni apa pulak ni… berdegup kencang beno… pak kal tiada Iskandar kat sini kalau tidak mampus kena kutuk. Minah… minah kau dah buat aku jadi kucar-kacir… sengal.
“Cik Suhada.. dah siap dah… tapi saya rasa tayar spare awak ni pun tak berapa okey macam dah botak je.. Apa kata awak ikut saya tukar tayar ni kat kedai… Mungkin dekat-dekat sini ada kedai tayar. Bolehkan?”
“Suka hati En. Amsyarlah… saya ikut aje.. tapi saya malu dekat awak baru first time jumpa dah menyusahkan awak.Tak tahu nak cakap apa kat awak ni… tak terbalas rasanya pertolongan awak ni… apa kata malam ni saya belanja awak makan? Tentu bolehkan…?”
“Eh.. Cik Suhada tak yahlah susah-susah.. lagipun perkara ni kecil je.. janganlah rasa  terhutang budi sangat. Mungkin hari ini hari awak siapa tahu esok lusa hari saya… Tak pe… saya buat ni pun kerana tanggungjawab..”
“Awak tak sudilah ni ya?”
“Bukan macam tu…”
“Habis tu.. awak ada hal lain ke?”
“Tak jugak…”
Oklah kalau awak tak sudi.. saya bukan boleh paksa awak pun..”
“Eh.. bukan tak sudi… saya tak mahu menyusahkan awak je.. oklah saya setuju. Kat mana?”
Thanks… saya bukan biasa bandar JB ni… awak pilih tempat saya ikut saja.”
“Awak nak tempat yang macam mana?”
“Saya tak kisah yang penting tempat tu ada privasi.. tak sibuk sangat dan kita boleh makan dengan tenang…”
Oklah kita makan kat Anjung Warisan..”
“Manalah saya tahu tempat..”
“Macam ni saya ambil awal lepas maghrib.. awak tinggal kat mana? Saya jemput awak kat rumah.”
“Rumah saya kat Pasir Gudang tapi malam ni saya menginap kat The Zone ni… Awak ambil saya kat sini ajelah.. awak tak kisah ke?”
“Taklah.. ok saya jemput awak malam ni..”
“Ok… thanks
“Jomlah kita pergi kat kedai tayar kang lambat pulak.”
Amsyar masuk ke dalam kereta dan dia meminta Suhada mengekori dari belakang. Apalah nasib aku hari ini.. Boleh pulak kenal dengan gadis yang pelik ni… Aku ingat Arina je yang pelik.. Rupanya gadis ini lagi pelik.. Layannnnnnnn..
Siapa pulak yang telefon aku ni… Alahai apa lagi yang Iskandar ni nak.. mesti nak menyusahkan aku ni… Bagilah aku chance settle case minah kat belakang ni… sengal betullah mamat ni…
“Ha… Is kau nak apa?”
“Assalamualaikum..”
“Walaikumsalam.. kau kenakan aku ya.. kurang asam..”
“Bukan nak kenakan kau tapi kan memberi salam tu baik untuk semua insan..”
“Ya lah.. apa bendanya ni?”
Cam mana meeting ok… dah settle ke belum atau ko sedang ngayat awek tu?”
“Banyak ko punya ayat.. tak tahu aku bermandi peluh ni kat tengah panas tolong minah tu tukar tayar kereta dia pancit. Aku ni on the way gi kedai tayar. Kesian aku tengok dia. Gaji aku dah masuk belum? Aku rasa macam tak balik ofislah. Badan aku dah melekit ni… nasib baik tak bau paeng… kalau tidak bengang je muka aku…”
“Sukahati kaulah..  gaji dah masuk.. oklah apa-apa hal kau call aku.. selamat mengayat ya..”
“Banyaklah kau punya mengayat… oklah roger..”
“Roger..”
 Apalah Is ada pulak aku mengayat, tak yah nak cari bala… Cukuplah Arina seorang yang pelik… Yang seorang tu pun susah nak handle ni nak nambah lagi seorang… boleh botak kepala.

Dah sampai pun kedai tayar ni… baguslah minah ni ikut kata. Nampak macam brutal tapi prihatin… Amsyar membuka pintu kereta dan mengarahkan Suhada memasukkan kereta ke dalam kedai tayar. Tanpa sedar Amsyar membuka tiga butang baju kemejanya. Panas yang membahang membuatkan dia lupa keadaan sekeliling.
“Hai kawan… boleh tolong kasi tukar ini tayar kereta? Sudah botaklah… ni tayar spare.. tayar asal u ambil dalam bonet.”
“Boleh… u mahu second ke baru?”
“Sekejap ha… I tanya kawan I ni… ini kereta dia ma..”
“Cik Suhada nak tayar baru ke second?”
“Maaflah En Amsyar saya tak biasa sebenarnya…. Saya tak pernah tukar pun.. selalu Ayah yang tolong tukar.. Saya tahu pakai je.. terpulanglah pada En Amsyar.”
“Macam tu ya… kalau pada saya baik tukar baru? U nak tayar potong air atau yang biasa?”
“Yang potong air ajelah… agak-agak budget berapa? Kalau tak mahal saya nak tukar keempat-empat tayar.”
Nanti saya tanya tauke tu dulu.. samaada tayar ni elok lagi atau kena tukar kesemuanya…”
“Terima kasih ya… saya ni susahkan awak je..”
“Tak adalah… tapi awak jangan lupa kena belanja saya malam ni…”
“Tak de hal… bisa di atur..”
“Kawan tayar yang lain ok lagi tak?”
“Semua sudah botaklah kasi tukar semualah…”
“Berapa harga?”
“Tak mahalllah tengok jenis ma… U nak yang macamana?”
“Yang potong air… berapa?”
“RM 800.00 sahaja.. ini I sudah bagi diskaun..”
“Mahallah kasi kurang ma… I tukar semua bukan satu ma…”
“Okeylah RM 750.00 apa macam?”
I tanya kawan I dulu?”
“Cik Suhada macam mana?”
“Bolehlah En Amsyar, lagipun masih under my budget…”
“Kawan U boleh bikinlah…”
“En Amsyar… saya ni menyusahkan awak sajalah… kalau awak sibuk takpelah saya boleh tunggu kat sini sorang-sorang.”
“Cik Suhada kan saya dah katakan tadi.. tak jadi hal… jomlah kita duduk kat kerusi sementara tunggu kereta awak ni.”
Amsyar membetulkan rambut yang terjuntai didahinya. Perlakuannya menarik minat Suhada yang terus menjadi pemerhati. Macho juga mamat ni cuma kulitnya agak gelap sikit… not badslumber je gaya dia… Amsyar mengambil rokok di dalam poket dan terus menghidupkan api rokok.. dia sendiri resah dengan apa yang berlaku sekarang ini… Terperangkap dalam situasi yang tidak dijangka..
Tak tahu apa yang nak dibualkan, dia lebih senang mengelamun melayan perasaan…Arina… siapa kau sebenarnya adakah kau sepelik gadis dihadapan ku ini..
Suhada mengambil laptop di dalam kereta dan dia mengambil tempat di sebelah Amsyar dia mati kutu dengan sikap Amsyar yang mendiamkan diri… serba salah dibuatnya.. adakah dia menyusahkan pemuda ini?  Entahlah … Suhada mendengus perlahan. Tangannya pantas menaip bait-bait ayat untuk menghasilkan manuskrip untuk bukunya yang baru… tiba-tiba idea ni datang.. tak boleh nak kata apa… layan ajelah…
Tiba-tiba suasana yang bungkam itu dikejutkan dengan deringan lagu dari telefon bimbit Suhada…
“Assalamualaikum Yah…”
“Sihat… Ayah pulak macam mana…?”
“Ayah bukan macam tu… cuba Ayah faham situasi Ari.. please Ayah… Ari akan cuba Ayah tapi bagi Ari masa Ayah… Ayah tolong jangan paksa Ari..”
“Ayah… bukan Ari nak jadi anak derhaka… tapi Ari cuma nak kan pengertian dari semua… berilah Ari masa… Ari perlukan ketenangan Ayah… Ayah Ari janji lepas Ari pergi bercuti ni.. Ari akan pulang tapi… buat masa ni bagilah Ari peluang..”
“Ayah memang sukar untuk Ari terima ini semua tapi Ari tahu Ari kena terima ketentuan yang Allah berikan pada Ari… Yah… terima kasih kerana memahami Ari… apa yang terjadi Ari akan cuba berpijak dibumi yang nyata.”
“Yah… Ari akan buat yang terbaik untuk Ari dan keluarga.. Ari janji…. Ayah kirim salam kat semua… Ari akan pulang dalam dua minggu ni…”
Take care Yah… miss u too…”
Amsyar turut medengar perbualan Suhada, agak pelik kerana Suhada membahasakan diri Ari bukan Suhada atau nama-nama yang sewaktu dengannya.. siapa nama sebenar dia ya… kau mengingatkan aku pada Arina… Mungkin Suhada mengalami masalah yang besar.. nak aku tanya      siapalah aku ni… tak nak jadi busy body… Biarlah…
Amsyar berlalu pergi setelah kereta Suhada siap dibaiki. Sebelum itu dia sempat untuk berpesan untuk mengambil Suhada selepas maghrib. Amsyar menelefon Iskandar untuk terus pulang ke rumah. Melekit betul badan berjemur ditengah panas tadi.. dia meraba depan bajunya.. alamak aku tak butang baju rupanya.. patutlah minah tu macam malu je nak tengok aku… rupanya aku seksi dan seksa dipandangan matanya… Dugaan beb…

Sampai di rumah Amsyar terus mengambil tuala dan berehat… sejukkan badan dulu baru mandi… di bersandar di sofa.. dan terus terlena… Iskandar yang baru pulang menggeleng kepala melihat gelagat mamat seorang ni.. entah dah solat asar entah belum.. dah nak masuk maghrib.. mandi pun tak lagi…
“Am.. bangun!!.. dah nak maghrib ni… amboi kau.. sedap betul tidur kat sini ya.. tengok mandi pun tak lagi…”
Iskandar menepuk kuat badan Amsyar dengan niat untuk membangunkan mamat seorang yang tak reti nak maghrib… Pantang kepala tu terletak.. terus senyap…
“Is kau dah balik ke? Pukul berapa ni?”
“Pukul berapa kau kata… dah pukul 7 malam.. dah nak maghrib… kau balik kul berapa tadi? Awal kan? Sal kau tidur kat sini?”
Alamak kul 7 malam ke? Mampus aku.. aku ada dinner malam ni… mesti dia tunggu aku.. oklah aku mandi dulu.. nanti aku cerita kat kau ya…”
“Oii kau nak dinner dengan sapa? Sapalah gadis malang tu ya?”
Iskandar menjerit bila kelibat Amsyar sudah hilang dibalik pintu bilik air. Amsyar menyanyi kecil di dalam bilik air… pantas dia mandi dan terus mengambil wudhu.. Apa-apa jalankan kewajipan sebelum pergi dating.
“Am.. ceritalah dengan aku.. kau nak dating dengan siapa? Bukan main melawa hari ini.. Sembur perfume macam apa ntah.. boleh pengsan aku dibuatnya..”
Nantilah aku cerita.. kalau aku cerita sekarang tak surprise… ok tak aku malam ni? Agak-agak baju ni sesuai tak untuk aku?”
Oklah not bad… ok apa.. hai sejak bila pulak sibuk dengan apa yang kau pakai.. selalu tak kisah pun…”
“Bukan apa.. aku tak nak orang malu keluar dengan aku… Lama aku tak keluar berdating.”
“Siapa yang malang tu ya?”
“Banyak kau punya malang.. beruntung tau.. kau ingat senang ke nak keluar dengan Mohamad Amsyar Haikal Bin Haji Hishamudin. Tak semua orang beruntung tau?”
“Beruntung ke malang ? Melayan kau ni satu kerja pun tak jadi.. apapun…  good luck…”
Amsyar berdiri di depan cermin.. Hari ini dia memakai T.Shirt kolar berwarna putih dengan seluar jeans biru.. Lama dah dia tidak keluar dengan perempuan.  Dulu masa kat U adalah juga tapi sejak kerja ni memang tak ada. Adapun meeting dengan client dan dinner sesekali. Dia membelek gayanya didepan cermin sekali lagi. Hensem juga dia ni.. hari ini naikkan kolar bajulah tak yah lipat … gaya Mawi… minat ke aku dengan Mawi.. oklah kot… nak kata minat sangat tu… idakle… saja mengikuti perkembangan dunia artis sekarang… Suhada.. boleh pulak aku menerima pelawaan dia ni…

Amsyar tahu dia sudah agak terlambat, mesti minah ni tengah tunggu aku dengan muka berkerut… apalah first date dah gagal.. Ada lagi ke second date? Tak mustahil kan.. mana tahu serasi bersama… Usah menidakkan apa yang sudah disuratkan…
Amsyar melihat kelibat Suhada yang sedang asyik bermain dengan telefonnya. Not bad penampilan dia malam ni… kira tak malukan akulah… Apasal pulak fesyen sama malam ni… ada ke dia pakai baju dan seluar kaler yang sama…
“Asslamualaikum…Cik Suhada… sori lambat sikit… saya tertidur tadi”
“Walaikumsalam… takpe….. mungkin tadi awak penat sangat sebab tolong saya kat panas terik mentari… saya pun minta maaf juga.”
“Jom… kita pergi sekarang?”
“Jom…” cam mana baju aku ni boleh tersama dia ni.. mamat ni pun humble je hari ini. So far ok… kira tak malulah jalan dengan dia ni… lagipun good looking mamat ni…
“Cik Suhada… termenung je?”
“Eh taklah… tak tahu nak cakap apa dengan awak.? Lagi satu boleh jangan panggil saya Cik Suhada tak sebab kita bukan dalam hal kerja kan? Kita sekarang ni nak pergi makan.. boleh tak sapa ek… saya nak panggil awak?” Apalah mamat ni suka kejutkan aku..bengang betul..
“Awak boleh panggil saya Amsyar atau Haikal… kalau mak ayah panggil Amsyar juga kengkawan…”
“Oh macam tu ya… mak Ayah panggil saya Ari.. awak boleh panggil saya dengan nama tu..?”
Why Ari? Why not Suhada?” Konfius aku dengan nama dia ni.
“Sebab nama saya Suhada Arina.. bila awak panggil saya Suhada tu macam janggal sikit..?”
“Suhada Arina… sedap nama awak manis macam orangnya?” Arina biar betul ni… jangan dia Arina yang pelik tu sudah… alah kebetulan aje kot nama dia sama.. apalah aku ni fikir yang bukan-bukan.
“Mana ada biasa aje.. Amsyar biasa ke makan kat Anjung Warisan ni?”
“Tak juga…. Rasanya baru dua kali itu  pun kawan serumah yang bawak.. Dia ni mamat sentimental… jadi dia suka makan sambil mendengar muzik. Saya ikut je lah.. not bad tempat tu..”
“Oh ya ke… Iskandar kan kawan awak tu?”
“Ye lah… saya dengan Is tu kawan dari sejak kat sekolah rendah lagi.. kami terpisah masa belajar kat Universiti… Lepas tu kerja jumpa balik.. Maklum satu ofis..”
“Bagus ek.. ada kawan yang macam tu… boleh tahan lama. Susah tau nak cari..”
“Bolehlah tahan… tapi dia dah nak kahwin tahun depan.. saya kenalah cari rumah baru..”
“Awak bila pulak?”
“Saya..?” Amsyar mempamerkan muka pelik.
“Ya awaklah… tak kan saya kot?”
“Lambat lagi kot… calon pun tak ada… lagipun sapalah yang nak kat saya ni… rupa pun tak ada.. harta pun tak banyak cuma cukup makan aje.. kesian saya dengan perempuan yang dapat saya nanti.” Mengayat ke aku ni tak juga…
“Hai.. jangan merendah diri sangat tak baik…?”
“Hakikat.. Suhada.. saya suka panggil nama awak Suhada.. awak tak kisahkan?”
“Suka hati awaklah Amsyar..?” Suhada… mamat ni pun satu.. aku memang tak suka orang panggil aku Suhada.. macam perempuan sangat.. alamak aku memang perempuan pun.
Parking penuh pulak… nak kata esok cuti tak juga.. ramai pulak orang kat sini.. Nasib baik ada satu tempat kosong membetislah ko Suhada dengan aku… Nak pimpin tangan dia ke? Alah dia bukan awek aku pun… tak yahlah kang dia kata aku menggatallah pulak..
Tempat duduk pun dah penuh.. baik aku tanya bebudak tu.. malas betul nak duduk kat kerusi.. kalau boleh aku nak duduk bersila malam ni.. santai sikit. Ada pun satu tempat tapi… alamak sebelah dalam lah pulak.. kena pulak dengan orang yang ada family.. oklah kot.. layan ajelah.
“Suhada jom.. kita duduk kat situ..”
Minah ni senyum pulak… aduh sal pulak dada aku ni macam ada dinasour kat dalam dia.. Pandai pulak dia duduk bersimpuh… macam ganas tapi cute… Ya Allah macam nak ambil aje lesung pipit dia tu…
“Bang nak pesan apa?”
Lady first… suhada nak makan apa?”
“Bagi saya hot plate black pepper chicken rice dan capucino serta bagi air suam sekali ya.. terima kasih..”
“Dik bagi abang nasi lemak ayam dengan cikong panaslah..”
“ok bang.. siap.”
“Suhada… awak ni suka minum capucino ya? Siang tadi pun awak pesan minuman yang sama.”
“Ya lah.. entah saya memang suka. Pada saya rasanya lebih lembut dari nescafe.”
“Oh....”
Irama muzik angklung yang mengiringi membuatkan suasana agak romantis.. Family yang bersebelahan enak menjamu selera.. cute-cute juga anak orang ni ya.. budak-budak tu dah remaja tapi mak dia masih muda lagi… awet muda… mesti makan jamu..
Suhada leka melayan perasaan dia terbuai dengan irama muzik yang dialunkan… tenangkan… Amsyar. Payah aku nak judge mamat ni.. kelakarkan… boleh pulak aku terdating dengan dia ni.. kalau nampak kengkawan mampus kena kutuk….
Amsyar memerhati Suhada yang sedang leka… Suhada kenapa dengan perasaan aku ni… kau membuat jantung aku macam nak tercabut.. Adakah ini menandakan debaran rasa jatuh cinta… oh tidak…
“Suhada… napa diam..?”
“Tak de apa.. tempat ni ok kan… tenang je.. santai…”
“Emm.. memang pun… kalau dah duduk susah nak bangun… Suhada tak de orang marah ke saya keluar dengan awak ni?” Misi diteruskan untuk mengorek rahsia gadis pelik yang bernama Suhada Arina.
Ada… buah hati awak…”
“Mandai je.. nakal ya… saya cakap awak..awak kenakan saya balik ya..”
“Buat masa ni belum ada lagi…?”
“Fuhhh.. lega kalau tidak nak kena pasang perisai kat badan takut kena serang.”
“Awak ni kan… iskh..”
Suhada tersipu malu, dia tersenyum bila gadis manis di meja sebelah tersenyum padanya.. Amsyar ni.. kenapa ha.. dada aku pun macam dah ada bunyi pelik.. Mereka menikmati hidangan yang baru sampai..
Ok juga rasanya… not bad…
“Suhada…”
“Em…”
“Sedap tak?”
“Ok.. sedap.”
“Patutlah… sampai tak nampak saya kat sebelah..”
“Ha.. awak ni kan...”
“Saya apa Suhada?”
Alahai dia ni Suhada.. Suhada… mamat ni kan.
“Amsyar… adik beradik ramai…”
“Ramai ada sepuluh orang saya anak sulung… saya ada enam orang adik perempuan dan tiga adik lelaki. Ada dua pasang kembar. Suhada  lak?”
“Eee.. bestkan cam gitu… saya anak tunggal… tapi Ayah ada anak dari isteri baru.. dua orang so tigalah… kalau boleh saya pun nak adik beradik ramai… tapi nak buat cam ne ek… mak dah tak ada… mak meninggal masa lahirkan saya…”
“Suhada… maafkan saya sebab menyebabkan awak mengingatkan awak pada mak awak…”
“Tak ada apalah… saya tak kisah… bagi saya setiap kejadian itu ada hikmahnya… Amsyar mesti bestkan hidup membesar dengan kasih sayang Mak. Hingga kini saya masih mencari kasih sayang dari seorang Mak.”
“Suhada… ada masalah ke? Saya terdengar perbualan telefon tengahari tadi saya tahu Suhada ada masalah. Kalau rasanya Suhada nak berkongsi… saya sudi mendengar dan membantu.. sekurang-kurangnya awak akan rasa lega. Tak elok pendam sorang-sorang nanti boleh jadi bom tau…. Boooomm hancus…”
“Saya baru kenal awak Amsyar… tak semudah itu. Saya nak ceritakan semua masalah saya… lagipun entahlah…?”
“Lama atau baru bukan pengukur Suhada… bagi awak saya baru tapi.. awak kena faham sesuatu… hidup ini kita perlukan seseorang untuk bercerita… berkongsi dan bersama dalam sesuatu hal… Saya tak memaksa tapi saya sudi mendengar…”
“Amsyar… saya ada kawan sebelum ni.. tapi saya tak pernah jumpa dia saya hubungi dia melalui email atau sms tapi saya tak pernah call dia pun dan saya tak kan angkat telefon kalau dia yang telefon… kami hanya melalui sms dan email… Dia baik… saya selalu bercerita kat dia tapi saya tak pernah cerita apa masalah saya…”
“Cop… Suhada siapa nama dia?”
“Putera…”
“Awak ni Arina.. tu kan?  Wait!!! Wait!!!…” Amsyar lekas mengambil telefon dan menghubungi nombor Arina… tanpa disangka telefon Suhada berbunyi… itulah dia… orang yang sama…
“Sayalah Putera… Arina… akhirnya… saya jumpa awak jugak.. lama saya nantikan saat-saat macam ni…”
“Jadi…”
“Ya Sayang… sayalah Putera awak.. awaklah Arina yang saya dambakan selama ini. Awak selalu menolak bila saya katakan cinta dan sayang. Tengok kebesaran Allah dia temukan kita dengan cara sebegini… Awak nak menidakkan lagi ke? Kita memang dah ditakdirkan untuk bersama.”
“Tapi…”
“SShhhhhh… jangan cakap apa-apa…” Amsyar memegang erat tangan Suhada… mata bertemu mata lidah kelu seketika… akhirnya Suhada Arina membalas genggaman yang semakin erat. Airmata mula menitik sedikit demi sedikit dan akhirnya laju tak terkawal… Alah menangis pulak minah ni… Nak aku peluk dia ke? Ni khalayak ramai nampak ni… cam ne ek…Aku dahlah memang tak biasa dengan macam ni… Mak tolong!!!!!!!!
“Suhada.. tolong jangan menangis… saya akan bawa awak keluar ya? Kita cari tempat untuk kita meluahkan perasaan masing-masing… nah amek saputangan ni ok… kat sini ramai orang sayang… please don’t cry honey…”
Amsyar memimpin tangan Suhada keluar, sempat dia menganggukkan kepala dengan jiran makan mereka. Mungkin dia orang pun pelik agaknya… Apa nak buat bukan dijangka keadaan ni…
Amsyar terus membayar bil makanan tadi… Suhada masih tersedu… lepas saja keluar dari pintu pagar restoran Amsyar terus memeluk erat bahu suhada.. Mereka beriringan menuju ke kereta…
“Awak… hantar saya balik hotel… kita bincang kat sana.. bolehkan…?”
“Baiklah sayang.. dah jangan menangis… Amsyar ada… awak tak bahagia jumpa Putera awak ni..”
Fuh… lega akhirnya dia bersuara… Suhada dan Arina orang yang sama… aku akan panggil dia Suhada Arina… panjang sangat pulak… panggil dia Suhada… lebih manis…

“Dok sebelah Amsyar ni.. nak malu lagi kat email tak malu? Dah jumpa orangnya malu pulak ek…”
“Nakal tau Amsyar ni…”
“Nakal pun kekasih awak juga kan?”
“Bila pulak jadi kekasih awak ni?”
“Dah lama dah… awak tahu berapa lama kita dah kenal emmm.. dah tiga tahun ya sayang… dahlah saya dah penat nak yakinkan awak yang saya memang cintakan awak dan sayangkan awak… saya tak boleh hidup tanpa awak… awak nak saya buat apa lagi sayang… peh… seksa tau.. awak selalu menolak saya… sekarang ni dah kat depan mata tak kan saya nak lepaskan… awak jangan buat saya gila kerna cinta awak ni tahu tak? Tak puas lagi ke nak seksa saya?”
“Mana ada saya seksa awak? Pandai je… sekarang ni awak nak apa dari saya?”
“Dok sebelah saya sekarang… nak saya tarik awak ke? Nak saya tarik awak terus masuk bilik ke? Susah sangat kan… itu aje hukumnya…”
“Jahatnya…” Amsyar menepis serangan dari Suhada.. sakit juga tumbukan dia ni… ganas tapi cute… Dia menarik tangan Suhada tanpa diduga gadis itu landing betul-betul kat pangkunya.. bukan sebelah lagi.. tapi terus dipangku… degil sangat.. ini aje hukumnya…
Amsyar memeluk erat Suhada.. melepaskan rindu sekian lama terpendam… Suhada tak dapat bergerak kerna Amsyar memeluk erat… Lama mereka begitu… di lobi hotel ini tak ramai orang dan mereka duduk agak tersembunyi…
“Suhada… rindu sangat dekat awak.. awak rindu saya tak?”
“Emm…”
“Suhada kita kahwin… duit saya dah cukup… sejak saya jatuh cinta dengan tulisan awak… saya dah kumpul duit tau… harap awak tak tolak saya…”
“Amsyar tak sangka kan… pagi tadi saya jumpa awak sal urusan pejabat sekarang saya dah ada dalam pelukkan awak… saya masih terkejut lagi… Amsyar turunkan saya boleh…? Saya tak selesa awak buat macam ni..”
“Ya lah…”
Sedap sahaja Suhada melentokkan kepala dibahu Amsyar… Amsyar mengelus rambut Suhada yang lembut… haruman dari rambut Suhada mengetarkan naluri lelakinya. Senyap saja minah ni… tak kan tidur kot… La betullah dia tidur… hampeh betul sedap tidur pulak dia… Amsyar membetulkan kedudukannya agar Suhada lebih selesa. Mungkin gadis ini penat dengan situasi yang berlaku… Iskandar aku dah dapat Arina… nak aku call Iskandar ke? Tak yahlah…
“Suhada… bangun sayang… dah lewat ni…”
“Emm.. sejuklah… nak tidurlah jangan kacau…”
“Awak… awak lupa ke sekarang ni kat mana? Ni kat lobi hotellah sayang… bukan kat bilik awak.. saya hantar awak balik bilik ya… Esok kita jumpa lagi… dah lewat ni…”
“Ha… Ya Allah.. malunya.. awak ni memang tau… napa tak kejutkan saya awal-awal? Tu lah sapa suruh belai rambut saya. Saya ni sensitif bila orang belai rambut… Nenek selalu buat cam tu bila saya tak leh tidur…”
“Nenek je ke..”
“Ya la.. pas tu sekarang awak…”
“Okeylah… apa pun… esok Am jumpa Suhada. Kita selesaikan masalah kita ni? Lagi cepat lagi bagus.. Selamat malam sayang… Assalamualaikum…”
“Selamat malam.. Walaikumsalam.”
Amsyar berasa lega penantian selama tiga tahun sudah berakhir.. Suhada Arina kini menjadi miliknya… Esok cuti dia selesaikan semua perkara… tak cukup sambung lagi..

“Malam tadi kau balik kul berapa Am.. lewat kan…”
“Kul 3 pagi… ada hal sikitlah..”
“Kau dating dengan sapa sebenarnya…”
Nantilah aku ceritakan.. Cuma aku nak minta tolong kat kau yang aku nak cuti tiga hari.. ada hal kecemasan..”
“Hal apa.. nampak penting sangat je… kau ni sejak bila pulak nak berahsia dengan aku ni… alah..cite sikit pun tak boleh ke?”
“Aku nak kahwin…”
“Eh… kau kena tangkap basah ke semalam..?”
“Gila kau… kau ingat aku ni teruk sangat ke… aku dah jumpa Arina aku… kau nak tahu tak semalam aku ada jumpa Cik Suhada tu kan… rupanya dia Arina aku…  aku tak kan nak tunggu lagi… Aku ajak dia kahwinlah…”
“Hai… lebih cepat dari aku..”
“Lambat ke cepat ke.. aku kena kahwin juga kan… sekarang kau tolong aku ya… esok masa kau, aku tolong kau..”
 Oklah good luck….”
Amsyar lega kerana Iskandar sudi membantu… janji dengan Suhada sebelum subuh sekarang dah pukul berapa ni… alamak menipu ni namanya…
Amsyar lega penantiannya selama ini sudah berakhir… Dia mengambil pakaiannya dan memandu terus ke hotel penginapan Suhada. Entah apa yang harus diperkatakan lagi, Mak tak lama lagi Am bawa balik menantu untuk mak… Tak yahlah mak bebel Am lagi..
Amsay mengetuk pintu Suhada, lama baru Suhada membuka pintu. Bulat mata Amsyar memandang gadis dihadapannya. Mimpi ke aku ni… sal pulak minah ni dah pakai tudung dan baju kurung… manisnya…Adezz.. sakit jantung aku dibuatnya..
“Suhada… lama tunggu?”
“Boleh tahan… napa lambat?”
“Amsyar terbangun lambat, Suhada nampak lain hari ini… Lebih comel dan manis… Cam ni lah gadis idaman Amsyar.”
Ala… biasa aje…”
“Jom kita gerak sekarang mana barang awak? Nanti saya tolong angkatkan…”
“Amsyar nak bawa saya pergi mana?”
“Rumah bakal Mak Mentua… bolehkan..?”
“Mana boleh… awak kena jumpa family saya dulu… baru saya pergi rumah awak. Awak… apa kata kita selesaikan masalah saya dulu.. saya tak nak perkara buruk akan berlaku.. kita balik rumah saya dulu.”
“Apa masalah awak sebenarnya? Tolong ceritakan sekarang.”
“Awak nak tahu ke?”
“Habis awak ingat saya tak nak tahu ke?”
“Ok…”
Amsyar duduk di kerusi dia menarik lembut tangan Suhada, Semakin manis Suhada disebelahnya… Dia memperbetulkan duduknya. Teruja untuk mengetahui kisah dan masalah Suhada.
“Ok… Ceritakan sekarang…”
“Awak… semalam yang awak dengar perbualan saya tu.. adalah perbualan saya dengan Ayah… Sebenarnya saya dah lama tak balik kampung.. Saya ada masalah dengan mak cik… saya rasa mak cik dah rampas kasih sayang ayah dan mak cik tak hiraukan saya. Awak tahu tak sedari kecil saya dibela oleh nenek… Ayah cuma jenguk saya sesekali… Kadang saya teringin sangat nak Ayah ada kat saya macam adik-adik tiri saya. Dia orang selalu bersama dengan Ayah dan mak cik. Bukan saya tak mencuba untuk menerima mak cik tapi makcik tak pernah nak hiraukan saya. Apa yang dia tahu setiap kali saya balik dia akan menyindir saya… Saya cuba bersabar selama ini tapi hari itu saya dah tak sabar saya bergaduh dengan mak cik… secara kebetulan Ayah balik, mak cik telah terbalikkan fakta.. mak cik kata saya kurang ajar dan menuduh dia yang bukan-bukan termaksud menghasut Ayah. Ayah tanpa usul periksa terus marahkan saya. Awak… saya sedih sangat masa tu… Dahlah selama ini saya dibela oleh Nenek lepas tu Ayah menangkan mak cik… sakit hati tau tak.. sebab tu saya memberontak.. saya ubah penampilan diri jadi macam ganas gitu.. tapi saya dah berjanji kalau saya berjumpa Putera saya akan ubah penampilan saya.. saya akan pakai tudung.. sebab tu awak nampak saya hari ini bertudung… saya nak hanya suami saya nampak aurat saya.”
“Habis tu?”
“Belum habis lagi… minggu lepas mak cik sakit… Ayah kata mak cik sebut nama saya aje… Mak cik nak minta maaf dari saya… Tapi kan wak, saya tak boleh terimalah… hati saya sakit sangat dengan perbuatan dia…”
“Kenapa tiba-tiba mak cik tu berubah…?”
“Ayah kata dia terbaca dairi saya, lepas tu nenek marahkan mak cik, entah macam mana hari tu pun anak mak cik yang rapat dengan saya marahkan mak cik sebab bergaduh dengan saya.”
“Kalau mak cik dah mengalah apa salahnya awak maafkan dia…”
“Awak ni tak faham tau wak… saya sakit hati tau dengan perbuatan dia selama ini…”
“Sayang… sedangkan nabi ampunkan umat..”
“Itu nabi saya ni manusia tau wak…”
“Ok… saya temankan awak ya… kita hadapi bersama. Kita mesti bagi peluang orang yang ingin berubah tau wak. Saya tak mahu isteri saya menderhaka pada orang tua. Saya nak isteri saya jadi isteri solehah.. hormat pada orang tua dan suami… awak memaafkan seseorang itu adalah anugerah terbaik dalam dunia…  sebelum tu nak puji sikit..emmm awak nampak manis dan cute sangat bila bertudung… dahlah jom…“
“Tapi..”
Amsyar menutup mulut Suhada dengan jemarinya… Dia mengenggam erat jemari Suhada dan dia megucup lembut. Aku harus gunakan kelembutan untuk memujuk gadis ini.
“Saya faham perasaan awak sayang… saya akan sentiasa berada disamping awak selagi ada hayat saya. Restu orang tua amat penting, kita harus bagi peluang bagi orang yang ingin berubah… awak gadis yang baik kan?”
“Awak temankan saya ya?”
“Menurut perintah… dah jom kita balik rumah keluarga awak ya…”
Suhada menggangguk lembut dia tersenyum bahagia. Alhamdulillah dia ditemukan dengan orang yang baik hati. Amsyar terima kasih kerana sayangkan saya….

Amsyar mengekori kereta Suhada dari belakang, Mula dia ingat ingin meninggalkan kereta Suhada di hotel penginapan tapi Suhada berdegil untuk memandu sendiri.
Arina.. puas aku menunggumu sekian lama dan akhirnya penantian ku ini tidak sia-sia… tak lama lagi kau akan menjadi milikku… 
Alhamdullilah penerimaan keluarga Suhada padanya amat baik… Pertemuan penuh emosi antara Suhada dan mak tirinya berlangsung dengan baik. Tiada lagi sengketa dan dia bersyukur Suhada sudah mula berubah. Dia hanya menanti saat bahagia antara mereka berdua disatukan…

“Sayang… bahagia tak hari ini… awak dah sah menjadi milik saya selamanya Suhada Arina…” Amsyar memeluk pinggang Suhada dengan erat… siang tadi mereka diijabkabulkan dan majlis persandinagn mereka berlansung dengan meriah. Makcik pun dah sihat, dialah orang paling sibuk hari ini.
“Bahagia…. Awak?”
“Lagi mahu tanya.. bahagialah… tak sangkakan dalam masa tak sampai sebulan pertemuan pertama kita kini awak dah menjadi milik saya… macam mimpi pulak.. tapi..ini bukan mimpi kan sayang?”
Abang….”
“Ya sayang…”
“Boleh saya panggil awak Abang… sebab mak cik tegur tadi dia kata lebih sopan panggil suami dengan panggilan Abang.”
“Boleh sangat… nak saya panggil awak apa ek… sayang… baby… darling atau apa?”
“Suka hati abanglah…”
“Sayang… I love u…”
“Love u too…”
Amsyar makin mengeratkan pelukan terhadap isteri tersayang. Alhamdulillah segalanya sudah berakhir… kini dia bahagia melayari bahtera kehidupan dengan gadis pelik pujaan hatinya… Usah kita menidakkan dengan suratan takdir yang datang... Terkadang sesuatu kejadian itu adalah sebagai satu isyarat. Macam pertemuan dia dengan Suhada dulu… pertemuan yang tidak disangka akhirnya kini mereka meniti bahagia… Bahagia menikmati cinta… Amsyar menarik lembut Suhada ke tempat beradu mereka berdua… Dia akan memaknakan lagi perhubungan mereka berdua. Ya Allah terima kasih dengan kebahagiaan dan kedamaian ini… Damai dan tenang hatiku kini…

TAMAT.
Samiza Ezanie
09/12/07

 Agak berterabur dan tak kemas dan cepat sangat nak habis… percubaan pertama….

No comments:

Post a Comment