BAB 14
Pagi itu agak awal Rabiatul sampai
di ofis… malunya nak menghadap muka si Jeman ni… terlajak perahu boleh undur
beb.. terlajak perbuatan ambik kau akibatnya Rabiatul Adawiah Hishamudin…
Jangan tak hadap pulak dengan si Jeman tu…
aku orang first ni… selamat..
“Assalamualaikum.. awalnya Atul
sampai.. tanjat Kak Mon..” Kak Mon yang baru masuk memulakan bicara.
“Walaikumussalam Kak Mon… macam
biasalah Kak Mon.. lamakan cuti jadi nak tengok dulu apa yang patut sebelum
memulakan tugas…” jawab Rabiatul mesra..
“Tak ada ole-ole untuk Kak Mon ke?
Kerepek kan banyak kat Johor tu.. tak pun belacan ke cencaluk dari Melaka…”
usik Kak Mon.
“Ada ni Kak Mon.. Ambiklah jangan
malu-malu. Belacan tak ada tapi cencaluk tu ada.. kerepek pun ada… Kak Mon ada
perkembangan terkini kat ofis ni semasa saya tak ada?” Rabiatul
menghulurkan beg plastik yang berisi cencaluk dan kerepek pada Kak Mon dan satu
beg plastik lagi yang berisi kerepek diletakkan di atas meja kopi di bilik
rehat. Sesiapa saja boleh makan kerepek tu tak yah minta izin. Kira halal je
bila dah letak kat bilik rehat.
“Kat ofis ni tak ada apa-apa tapi
Kak Mon rasa Atul tu yang ada berita terkini lagi sensasi.. ceria je muka lepas
balik cuti ni.. macam orang dilamun cinta…” pergh! Terjah Kak Mon ni tepatlah
kalah Melodi TV3 dan Galaksi TV9.
“Kak Mon jangan bikin panas… nanti
ada mata-mata yang memerhati.. saya tak nak masuk melodi kat jabatan kita ni…
Kak Mon ni kalau bab merapu entah apa-apa…”
kalis jangan tak kalis Atul…
“Atul Kak Mon ni orang tua sekilas
air di laut Kak Mon dah tahu jantan betinanya.. ni Atul yang kat depan mata Kak
Mon dah 6 tahun.. jangan nak propa boleh tak? Man okey tak?” jarum dah mula nak
masuk ni… Kak Mon kau memang superblah…
“Eee… pandai je Kak Mon ni… yo lah tu dah tahu mana jantan ke betina
ikan kat laut tu ya… Man okey je… dia partner
yang baik. Kan Atul dah balik dengan selamat ni… maknanya Atul dijaga dengan
baik oleh Azman…tak ada cedera kat mana-mana…” Aduhai Kak Mon boleh jangan buat
jantung aku dup dap dup dap tak… Uh… dibuatnya budak Jeman tu ada, malu je…
“Kan Kak Mon dah cakap Man tu baik..
Atul je yang tak nampak.. apa salahnya bila makna partner tu di dalamkan lagi tak salahkan… kamu berdua pun single…” dah sudah Kak Mon ni…
“Kak Mon boleh tak jangan bikin
panas… dahlah Atul nak buat kerja ni… layan Kak Mon kang nanti satu kerja pun
tak jadi..” baik cabut sebelum kena soal selidik dengan wartawan tak berbayar
sorang ni…
“Yo Lah bikin panas… tak yah nak
sembunyilah dak Atul oi!” tak habis lagi ke Kak Mon.
“Apa yang sembunyi-sembunyi ni Kak
Mon…” suara Azman di belakang Kak Mon memeranjatkan Kak Mon dan Rabiatul yang
asyik berbalas kata.
“Bertuah punya budak.. beri salam
tidak main hembus saja.. kalau Kak Mon pengsan macam mana… nasi baik tak ada
sakit jantung… kau ni Man kalau tak menyakat akak tak boleh ke?” Kak Mon
menepuk geram bahu Azman. Rabiatul hanya mampu tersenyum dan terus duduk
dimejanya. Tak mahu terlibat kang tak pasal dia yang kena nanti… baik elak..
hehehe..
“Assalamualaikum Kak Mon comel.. apa
kabar? Sihat hari ni…” terlebih pulak dak Jeman ni…
“Walaikumussalam… Kak Mon sihat… kau
ni yang buat Kak Mon nak demam… isk!” dalam geram dijawab jua salam dan
pertanyaan Azman..
“Ala Kak Mon panel klinik kat bawah
tu je Kak Mon… Kak Mon pengsan kita panggil je doktor kat bawah tu… apa
susah..” usik Azman lagi..
“Kau ni ada je Man… macamana jadi partner Atul? Okey?” terjah jangan tak
terjah Kak Mon…
“Semuanya okey Kak Mon… kami pun dah
balik dengan selamat… Kak Mon jangan bimbanglah… saya jaga adik Kak Mon dengan
baik… cuba Kak Mon periksa badan dia tak ada kesan calar pun…. Kan Atul kan…Man
jaga Atul dengan baik kan?” Azman mengenyitkan mata ke arah Rabiatul dengan
selamba… dah sudah… hancur…
Rabiatul hanya mampu mengangguk
saja, Jeman boleh jangan bikin panas tak… Kak Mon ni Abang Nash Melodi versi
perempuan ni… dia terjah selalu tepat… jangan timbul spekulasi boleh tak…
“Layan kau ni Man Kak Mon pun ikut
sewel macam kau Man.. baik Kak Mon buat kerja Kak Mon…” siap erk kau dua orang
aku terjah sampai dapat jawapan bisik Kak Mon dalam hati….
Sewaktu melewati meja Rabiatul Azman
sempat memberikan senyuman yag cukup menawan membuatkan Rabiatul terus
tertawan… pergh! Leh tercabut jantung aku ni… dia tertunduk menahan getaran di
dada. Malu malam tadi tak hilang lagi… gila betullah… ada kedengaran mesej masuk di telefon bimbit Rabiatul..
“syg
assalamualaikum slmt pagi.. lunch nanti sama-sama ek.. rindulah.. syg sikit kat
pipi.. muahhhh”
Jeman jangan bikin panas boleh tak
dia menjeling geram..nasib baik kat ofis ni… lau tak memang tak bagi peluang
punya.. kena Jeman ni… dia membalas geram mesej Azman..
“jgn
ngada ek.. x sngja la mlm tadi..”
“sngja
@ x blkg kira.. temankn abg.”
“gatal…
lupa pjanjian kita ke? nk kna reject ya?”
Geram betul budak Jeman ni, nanti
dari orang tak tahu jadi tahu…
“abg
igtla… rindu banget deh…”
“buat
keje.. sibukla..”
“syg
kat pipi dulu…”
“MANNNNNNNNNN..”
“Sori
syg.. sngja usik… mlm abg call.. abg g metng jap lgi.. jgn nkal2.. cinta syg
rindu syg.. muahhh.. lau x mrah pusing blkg tgk abg n snyum..”
Jeman ni memang mengada tau.. tak
ikut takut pulak dia buat macam-macam. Bukan betul budak tertanggal skru ni…
hahaha… yang tertanggal skru tulah yang aku cinta.. gila betul.. Rabiatul
memusingkan kepala kebelakang dan senyum ke arah Azman.. Azman selamba saja
konon-konon mengambil senyuman itu dengan tangan dan terus dilekatkan ke
dadanya… sah mamat seorang ni dah hilang skru…
“Jangan kata Kak Mon tak nampak!”
erk! Kak Mon ni bikin panas je. Rabiatul tertunduk malu konon-konon sibuk
membaca emel sebenarya hampeh… satu pun tak boleh masuk kepala… Azman pura-pura
mengambil fail… sudahlah kau dua orang… Kak Mon mencebik dengan wajah penuh
makna..
“syg..
saba ek… abg ada..”
Dahlah
Jeman ni… kata nak pergi meeting…
cepatlah pergi… sibuk je… baik aku cabut dulu… Kak Mon tu bahaya.. Rabiatul
mengambil diary dan berlalu pergi..
baik pergi stor jumpa Abang Lan boleh bagi cencaluk dengan kerepek sekali..
Azman pun turut bangun dan berlalu pergi sempat dia mengenyit mata pada Kak
Mon… Sori Kak Mon dah janji kena zip mulut… parah juga kena penangan cinta ni…
boleh jadi biul lau tak kena gaya… sal dulu aku bertunang tak ada parah macam
ni… gila betul cinta budak Atul ni… boleh jadi gila aku lau tak dapat dia…
memang frust nonggeng terbaring semua
cukup. Pakej lengkap pergi Tanjung Rambutan… gila ahhhh…
suke2....comel...first time bace terus jatuh cinta pd jemanG!hihiih
ReplyDeleteThanks aleya....
Delete