Wednesday 6 June 2012

Dua jiwa Jadi satu Bab 12 & 13


BAB 12
            “Man mana semua orang? Senyap je..” tanya Rabiatul yang masih mamai baru bangun dari tidur yang lena, sambil melabuhkan punggung di sisi Azman. Azman menggelengkan kepala bila melihat Rabiatul tidak memakai tudung, mungkin dia lupa kot. Panjang juga rambut dia.. cantik.
            “Dia orang ada kat depan tu, Abang Raffi pergi rumah Tok Imam.. Man mula nak ikut tadi tapi Abang Raffi kata tolong Kak Lina angkat barang-barang yang berat kat dapur tu,” terang Azman sambil tersenyum.
            “Oh! Ok.. ngantuklah Man, nak sambung tidur boleh?” Ya Rabbi! Budak seorang ni sabar ajelah, rasanya tidur dah lebih dua jam tadi.
            Sedap dia menyandarkan badan di sofa di sebelah Azman tanpa rasa bersalah yang dia tidak bertudung.
            “Sayang dah solat asar belum dah dekat pukul 6 ni, dah nak masuk maghrib.. jadi sarip pulak nanti solat tu..” tegur Azman lembut.
            “Ala ngantuklah… lima minit..lima minit boleh?” mulalah dah kelip-kelip mata dak Rabiatul ni.. ingat comel lah tu..
            “Man boleh je… tapi tak baik kan melambatkan solat. Dah gi mandi.. solat lepas tu kita tolong Kak Lina apa yang patut.. busuk aaa..” usik Azman.
            “Mana ada busuk? Propalah Man ni..” ada je nak menjawab.
            “Betullah.. tahi mata tu banyak, air liur basi tu melekat kat tepi bibir. Tengoklah rambut tu dah macam Nenek Lampir..” suka Azman bila dengan cepat Rabiatul meraba mata dan bibirnya tapi tangannya terhenti bila memegang kepalanya..
            “Man! Apa tak cakap Atul tak pakai tudung.. Jahatlah!” pantas dia berlari keatas semula. Kecohlah mamat ni tak bagi tahu awal-awal. Dia dah nampak rambut aku.. Aduh! Napa cuai sangat ni..
            “Adik tu kenapa Man? Berlari macam kena kejar hantu,” soal Abang Raffi yang baru masuk ke ruang tamu bila melihat adik yang berlari pecut menaiki tangga.
            “Lupa nak pakai tudung.. sibuk dengan mengantuk dia,” jawab Azman menerangkan keadaan.
            “Mesti dia lupa yang Man ni bukan mahram dia.. adik memang macam tu.. kadang-kadang kelibut..”
            “Yalah bang, mungkin dia tak perasan tadi yang saya ada kot.. nak saya tolong apa-apa ke?” Azman bertanya mesra.
            “Rasanya semua dah okey, alah tinggal sikit-sikit je. Lagipun barang-barang untuk kenduri abang dah list out, minggu depan dia orang hantarlah...” terang Abang Raffi.
            “B, Man minum air ni..” pelawa Kak Im yang baru sampai dari dapur.
            “Honey, anak-anak mana? Senyap je.”
            “Ada kat bilik bacaan tu, main dengan anak-anak Kak Lina.”
            “Dah mandi dah mereka?”
            “Dah..”
            “B, tak yahlah masak malam ni.. lauk siang tadi pun banyak. Kita beli rojak ke? Ubah selera sikit.. boleh?”
            “Apa-apalah honey… B boleh saja.. Kak Lina okey tak?”
            “Kak Lina okey je, semua dah penat mengemaslah B, Mana budak kecik sorang tu tak bangun lagi?”
            “Dah, baru je buat larian pecut naik ke atas..”
            “Kenapa?”
            “Lupa nak pakai tudung..”
            “Patutlah… adik seorang tu memang brutal kadangkala. Man dah lama kenal?” soal Kak Im mesra.
            “Lama juga kak.. dah 6 tahun.. kami satu ofis,” jawab Azman ringkas.
            “Oh ya ke? Tak pernah dia bercerita pulak pasal Man.. pandai dia menyorok cerita,” jelas terpancar riak wajah terkejut Kak Im.
            “Ada kisahnya Kak Im, tak tahu nak explain lagu mana.. tapi Alhamdulillah saya dapat mengenali Atul dari sudut yang berbeza dari kebiasaan..” ujar Azman.
            “Simpan kisah itu jadi kenangan semua orang ada kisah yang tak boleh terlupakan sampai bila-bila kan B?” Kak Im sempat memberi jelingan manja buat suami tercinta.
            “Yup! Kita hidup mesti ada kenangan pahit dan manis.. apalah honey ni.. dah jangan nak jiwang karat lewat petang ni.. “ ujar Abang Raffi penuh makna tapi sempat memberi amaran, Azman hanya mampu tersenyum manis.


BAB 13
            Mereka bertolak dari Gelang Patah awal pagi, kalau lewat sangat nanti sampai Kulim dah malam. Esok mereka berdua sudah memulakan kerja. Perjalanan pulang yang penuh usikan dan cerita-cerita yang berbeza membuat mereka makin akrab. Mereka sedikit pun tidak menyentuh pasal ganjaran hadiah ke Phuket. Andai ada jodoh pergilah mereka berdua nanti.
            “Man, terima kasih atas sebab kesudian Man temankan Atul ek, Atul amat hargai layanan yang Man berikan kat Atul. Pelik juga kan kita jarang berinteraksi tiba-tiba menjadi begitu rapat. Atul tak nafikan Man seorang partner yang cukup baik, pendamping dan pelindung yang punya pakej yang lengkap.. terima kasih ya..” Rabiatul memulakan bicara setelah mereka keluar dari R & R Sungai Perak menuju ke Utara.
            “Man pun sama nak ucap terima kasih kat Atul juga sudi jadikan Man teman Atul. Sejujurnya Man tak nak hubungan ini terhenti di sini. Man sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam ertikata yang sebenarnya… Man sudah bersedia untuk menyunting Atul jadi suri hidup Man. Man rasa kita dah cukup matang untuk berumahtangga. Zaman kita ni tak ada nak dating-dating nak main-main tentang cinta. Man cukup serius dengan komitmen kita berdua. Terpulang pada Atul sama ada sudi atau tak terima Man. Man tak paksa Atul kerana  Man tak nak hubungan kita atas dasar paksaan atau simpati. Man harap Atul faham niat Man,” panjang lebar Azman berbicara. Aiyork! Atul! Man dah serius ni.. tarik nafas dan berfikir tenang.
            “Man berbicara soal hati dan perasaan ni membuatkan Atul kurang selesa tapi berilah Atul masa. Kita kena percaya dua jiwa akan jadi satu bila tiba masanya. Kadang kita tak terduga pun waktu dan ketikanya…. Kita kena redha tapi jangan terlalu pasrah kita kena berusaha kan?” Rabiatul memujuk lembut.
Biarpun aku sudah ada jawapan aku perlu fikir semasak-masaknya. Ini soal rumahtangga tak boleh dibuat main-main.  Terngiang-ngiang kata Abang Raffi cukup lembut tapi punya maksud yang mendalam. Si Chef tu ada masanya boleh jadi pakar cinta.
“Siapa pun pilihan adik kami terima, tapi abang rasa adik tak harus lepaskan peluang yang ada di depan mata.. ternyata dia cukup sempurna untuk melindungi adik selama-lamanya. Abang tahu adik akan buat pilihan yang tepat, hati kecik abang ni berkata mak abah tentu berkenan dengan pilihan adik ni… berusahalah untuk mengapai cinta itu biarpun terkadang amat payah tapi jika cinta kita ikhlas dia akan datang pada kita tanpa kita sedar. Fikir-fikirlah…. Jangan lepaskan jika hati adik sendiri dah mengikat, I know you better.. please think about it… semuanya di tangan adik…”
“Termenung pulak dia… penat Man cakap sorang-sorang,” Azman menepuk lengan Rabiatul yang berlapik. Rabiatul tersipu-sipu malu, alamak! Kantoi! Berangan dah.. nasib kaulah Atul.. asyik nak berangan je…
“Man minta sori.. ingat Abang Raffi pulak. Tak sangka lak abang tu leh jadi Chef sedangkan dulu memang langsung tak ada ciri-ciri ke arah itu. Ramai orang terkejut… abang tu lasak dan agresif masa kecik. Adik angkat ayah siap tak percaya. Dia orang ingat abang tu minat letrik ke, tak pun kimpalan jauh tersasar jadi Chef pulak.
Abang memang kuat semangat, dulu dia ambik bisnes kat Universiti tapi satu sem saja abang dah kantoi…Ayah punyalah marah sampai tak bagi dia sambung belajar.. tapi dia memang cool, dia pendam je.. Ayah marah dia diam je..langsung tak menjawab pun. Nasib baik petang tu sebelum bertolak ke rumah Mak Ngah mak terbaca sms dia kat kawan-kawan dia. Barulah mak tahu apa yang ada kat hati dia, mak menangis je.. mak mana yang tak sedihkan bila anak tu menyanyi riang sedangkan dalam hati dia penuh luka.
Nasib baik Atul perasan mak menangis kat dalam kereta, adalah perbincangan yang agak tegang antara mak dan abah… kita orang tiga beradik diam saja.. tapi semangat mak pertahankan anak-anak cukup Atul kagumi. Abah pun tak terkata apa… rasanya semua mak macam tu kot… sanggup buat apa saja untuk anak-anak tercinta. Lastly abah setuju abang futher study.. banyak syarat yang abah kenakan pada abang.. tapi abang ambil semua itu sebagai cabaran. Alhamdulillah first sem abang masuk pertandingan memasak peringkat dunia tau. Terkejut kami bila dia dapat diploma Western dalam Battle of the Chef kat Straits Quay Penang. Lepas tu abang tak toleh belakang lagi.. sekarang.. impian dia nak jadi Chef dah berjaya. Atul suka semangat dia, bangun dari kegagalan. Mak Abah banyak berkorban untuk kami tiga beradik. Rindu kat mereka… mereka segalanya untuk kami. Selalu ada bila kami perlukan mereka… inilah hasilnya…” sebak bila mengenangkan mak abah rindu woo!!!
“Atul dah jangan sedih, sebagai anak kita harus tahu tanggungjawab kita.. bahagiakan mereka selagi kita mampu… Man tahu Atul anak yang baik kan?” pujuk Azman lembut.
“Terima kasih Man..”
“Sama-sama kasih diterima..” erk! Dah mula lagi budak Jeman ni…

Keluar dari Tol Jawi membuat hati masing-masing agak sayu untuk mengakhiri sebuah kebahagiaan yang mereka lalui dua tiga hari bersama. Keadaan sunyi dan sepi menemani mereka.. Nak saja jam tu berhenti… bumi tak berputar.. statik kat situ je.. mulalah nak mengarut budak berdua ni…
“Atul terima kasih, jangan lupa fikirkan pasal lamaran Man.. jaga diri bebaik..” Azman bersuara bila dah siap menurunkan barang-barang Rabiatul sambil menyandarkan badan di kereta.. tangan seluk poket lagi… Aiyork! Hensemnya dia…
“Man tunggu ek! Atul nak buka pintu dulu…” spoil tul budak kecik ni..baru nak romantis sudah kata tunggu… hampeh!
Azman hanya memerhari Raibatul mengangkat beg dan membuka pintu… nak dibantu takut Rabiatul tak selesa. Sudahnya dia menjadi pemerhati PBB.
“Man kunci tak pintu depan kereta.. Atul nak ambik handbag..” Azman membukakan pintu kereta. Bila dirasakan Rabiatul mengambil masa yang agak lama dia turut sama duduk dibahagian pemandu.
“Atul cari apa?” tanya Azman bila melihat Atul menyelongkar handbagnya.
Chargrer handphone, tertinggal kot… tak ada dalam beg ni… adoi! Sal cuai sangat ni…” marah pada diri sendiri sebab cuai.
“Ini apa sayang, lupa ke? Tadi kan Atul charges handphone tu.” Azman menunjukkan charger yang masih terlekat di suis dashboard.
“Alamak! Minta sori.. lupa..” comellah tu kelip-kelip mata. Memang makin tak stabillah jantung aku ni.. bisik Azman dalam hati.
“Okey je..” dalam getaran di dada yang makin hebat Azman menjawab pendek.
“Man thanks temankan Atul, Atul bahagia sangat… kat ofis kita buat biasa je ek… Atul tak ready lagi nak bagi tahu kengkawan.. Minggu depan Atul bagi keputusan tentang lamaran Man ek! Berapa banyak ek lah ni…Man sori nebes ni…” gelabah semacam betul dak kecik ni…
“Okey Man akan tunggu… Ambillah berapa banyak lama pun Man tetap tunggu..” Azman memandang Rabiatul dengan pandangan yang cukup bermakna. Hati dah berlari pecut..
“Sayang Man..” tanpa sedar dia mencium pipi Azman. Erk! Apa aku buat ni.. malunya!!!! Baik aku cabut.. pantas dia membuka pintu kereta dan berlari masuk ke dalam rumah.
Sikap lepas laku Rabiatul memeranjatkan Azman. Biar betul dia cium pipi aku ni… Azman meraba pipinya perlahan… masih terkejut ni.. ni bukan terkejut badak ni.. ni terkejut dinosaur ni…
Rabiatul yang malu dah hilang kelibatnya di dalam rumah. Itulah sehari semalam bersama family membuat dia terlupa yang sekarang ni dia bersama Azman bukan dua orang abangnya. Cari pasal betul budak kecik ni.. First time cium lelaki yang bukan muhrim.. Malu derr…
First  time kena cium anak dara ni… hehehe… tergelak Azman sendiri.. Rasa bahagia menyelubungi dirinya.. Dia menghidupkan enjin kereta sambil menyanyi kecil.. dia memandang sekilas rumah Rabiatul yang tertutup rapat.. malulah tu…. Tapi mahu.. sayang.. abang dah dapat jawapan dah… perlahan dia mengeluarkan telefon, satu sms dihantar..
“abg dah ada jwpn..ciuman ini sbagai bkalan ya.. cinta syg sgt2.. rindu syg.. cinta syg..”
Rabiatul tak terkata apa bila membaca sms Azman.. akhirnya dia tersenyum bahagia.. Man! Aku terima kamu deh!!!! Bukan sebab aku dah tercium kau tapi.. sebab aku dah terjatuh cinta kat kau!!! Sengal… jerit Rabiatul di dalam hati… cinta ini memang gila.. tak perlu banyak masa bila hati dah mula berbicara.. datang dengan berbagai cara… Mak.. Abah.. adik dah jatuh cinta… malu dowh!!!!!



No comments:

Post a Comment