BAB 15
“Abang Lan… Assalamualaikum…sibuk
ke?” Salam di ucap bila sampai sahaja ke pintu stor.
“Walaikumussalam… sibuk sikitlah
Atul..” Abang Lan memandang sekilas sambil menjawab, biasalah Monday blues.. gila tak sibuk…
“Abang Lan ni ada kerepek dengan
cencaluk dari selatan tanah air.. dua negeri tau Johor dan Melaka.. Abang Lan
makan cencaluk tak?” ucap Rabiatul sambil menghulur beg plastik yang berisi
kerepek dan cencaluk.
“Abang ni tolak batu dan kayu je,
semua bedal… tak ada masalah… macamana reunion?
Okey?” ujar Abang Lan.
“Reunion
okey je… Atul dapat hadiah pergi Phuket, biasalah jumpa kengkawan masa
sekolah memang best.. tak ada apa
yang tak best.. semuanya best.” Seronok Rabiatul bercerita.
“Man?” sepatah soalan Abang Lan
membuatkan Rabiatul terkedu.
“Man… okey,” jawabnya pendek
“Okey je…?” Abang Lan memandang
Rabiatul penuh makna… alamak Abang Lan ni dah jadi Kak Mon juga ke?
“Dia okey.. tak ada cedera kat
mana-mana..” main-main pulak jawapan si Rabiatul ni… nak kena ni… Abang Lan
menjegilkan mata.. geram dengan jawapan yang diberikan..
“Boleh jangan main-main tak?” erk!
Abang Lan dah marah..
“Apalah Abang Lan ni… itupun nak
emo.. relek sudah…. Okey! Okey! Man seorang
partner yang baik menjadi pendamping dan pelindung yang cukup sempurna tak
ada kurang kat mana-mana, Atul rasa selesa dan selamat.. puashati tak dengan
jawapan Atul ni Abang Lan?” dalam nada mengusik Atul menjawab.
“Budak ni! Ada je jawapan kartun
dia… baguslah kalau macam tu.. Abang Lan doakan moga ada pengakhiran hubungan
kau orang berdua. Abang rasa dia adalah pasangan terbaik Atul.. jangan
sia-siakan peluang yang telah Allah berikan. Abang doakan moga kamu berdua
berjodoh…” kata-kata Abang Lan membuatkan Rabiatul terdiam.
“Insyallah Abang Lan, itu semua
kerja Allah.. okeylah Abang Lan Atul nak pergi production jap.. Terima
kasih atas nasihat yang diberi,” jawab Rabiatul sebelum melangkah pergi.
“Atul.. terima kasih kerepek dan
cencaluk ni.. kirim salam kat Man..” ucap Abang Lan.
“Sama-sama, Insyallah..” Rabiatul
menjawab sambil berjalan ke muka pintu. Mudah-mudahan cinta yang baru berputik
ini terus berkembang… Kalau ramai yang mendoakan mungkin Allah akan memakbulkan
hajat kami…
Kita sibuk mencari cinta sedangkan
hakikatnya cinta itu hanya dihadapan mata kita tanpa kita sedar. Kerja Allah
tiada siapa yang tahu… Mungkin sudah tiba masanya untuk aku mengakhiri zaman
solo ku ini…. Man.. tiada aku duga aku kini sudah mula menyintaimu.. biar pun
kita sudah lama kenal namun cinta kita baru saja hadir. Kuharapkan yang terbaik
untuk kita.. Mesti kecoh tahap gaban ni bila Tiha dan Kak Mon tahu.. redha
ajelah..
Jangan
cuba nak menidakkan apa yang dah terbukti di dalam hati.. bila hati mula
berkata.. lidah tak mungkin bisa berbicara.. jika rindu datang mengamit.. Getaran di dada mula tak sekata…itulah
namanya cinta.. apa itu cinta…ya… cinta.. satu perasaan yang sukar
dimengertikan.. dia datang tanpa diundang… dia hadir tanpa dipaksa.. dari mata
turun kehati.. dari hati naik ke mulut.. dan terkeluarlah suara cinta…
“Tanpa cinta hidup tak kan bahagia… hadirnya
cinta membawa seribu kebahagiaan. Usah menafikan kehadiran cinta yang sudah
bermula.. ku sedia bersamamu… bersama menikmati cinta…” doa Rabiatul di
dalam hati….
selamat membaca
No comments:
Post a Comment