Friday 15 June 2012

Syukur akan Nikmatmu Allah...



Alam pun tersenyum..... 
            Hari ini aku mengambil sesuatu langkah yang aku rasakan belum terlewat untuk aku memulakan… Belajar itu tiada had umur dan masa. Sebenarnya kita memang sentiasa belajar.. tak kira apa jua keadaannya.
            Hari ini aku bertemu dengan pihak OUM (Open University Malaysia). Aku ingin sekali belajar berkaitan psikologi. Dulu aku ingat nak ambil komunikasi… tapi bila aku bertemu dengan pihak OUM keterujaan aku beralih pada psikologi. Bagi aku bidang ini cukup menyeronokkan… aku adalah seorang yang suka memerhati keadaan sekeliling dan dari situ aku belajar tentang kehidupan dan dari situ aku belajar untuk memperbaiki diri.
            Keterujaan untuk belajar semula ini memang tak dapat aku nafikan walaupun ini bukan kali pertama… sebelum ini aku belajar pun dah berkahwin. Alhamdulillah aku dapat menyudahkan dengan baik… masa itu anak-anak kecil lagi. Sekarang ni anak-anak ada yang dah masuk universiti. Ikhlas disudut hatiku yang paling dalam aku ingin menjadi seperti anakku ingin mengenggam segulung ijazah sebagaimana mereka satu hari nanti. Dulu aku tak berpeluang untuk belajar diusia yang muda. Tak perlu nak ingatkan perkara yang dah lepas. Semua itu ada hikmahnya…
            Terlewatkah aku? Biarpun agak terlewat itu lebih baik daripada tak buat langsung. Oleh itu aku akan terus berusaha untuk memperbaiki taraf pendidikan ku... Alhamdulillah aku bersyukur padamu Allah memberikan aku anak dan suami yang sentiasa mendukungku tak kira apa jua keadaan... Aku mempersetujui kata-kata dalam hidup ini kita sentiasa diberi peluang tinggal lagi diri kita pandai atau tidak merebut peluang.. 
            Emak, abah terima kasih kerana masih setia untuk bersamaku walaupun aku sudah berumahtangga. Melihat wajah tua emak abah terkadang membuatku sebak. Mereka juga banyak berkorban untuk ku... Abah tahu tak dulu orang tertanya-tanya kenapa tak sekalipun orang kena jentik dengan abah atau kena marah teruk-teruk dengan abah rupanya abah terikat dengan janji abah pada orang semasa kecik... sebenarnya orang ingin sangat abah pukul atau cubit orang tapi abah tak pernah buat pun... emak ada cerita kat orang masa kecik orang sakit teruk macam dah nak pergi tinggalkan dunia ini diwaktu syawal dan abah berjanji pada diri abah yang abah tak akan pukul atau marah orang asalkan orang baik. Alhamdulillah umur orang panjang sampai sekarang... Abah terima kasih ya... orang sayang abah dan emak sangat-sangat.
            Pengorbanan emak dan abah pada orang banyak sangat. Masa orang sekolah orang selalu sakit.. keluar masuk hospital.. tapi emak dan abah tetap sabar dengan ujian Allah. Jauhkan masa tu antara Batu Pahat dan Hospital Johor Bahru tapi itu bukan masalah bagi emak abah untuk jaga orang tiap-tiap hari... Emak atau abah sentiasa bergilir-gilir jaga orang. Emak letakkan adik kat rumah jiran kita.. kesian adik terpaksa berkorban untuk akak juga... Emak terima kasih sebab sentiasa ada untuk orang... orang sayang emak sangat-sangat... Emak tak pernah berkira pada kami anak-anak emak... Pengorbanan emak tak mampu kami balas... 
          Aku tak mampu nak meneruskan tulisan ini kerana aku terlalu sebak dengan pengorbanan orang-orang disekelilingku pada ku... kasih sayang kamu semua tak mampu aku balas dan aku hanya mampu zahirkan di sini tentang betapa beruntungnya aku punya emak abah, suami, anak-anak, adik beradik, keluarga, saudara mara yang sentiasa ada untuk aku... Aku sayang korang semua.. Hidup aku menjadi begitu indah kerana kehadiran kamu semua adalah anugerah terindah Allah padaku... doakan agar kita semua sentiasa akan bahagia di dunia dan akhirat... Amin...


Samiza Ezanie..
12.54pm 
       

No comments:

Post a Comment