Wednesday 6 June 2012

Hanya muzik...


Hanya Muzik….

Malam ini aku buat kerja gila sikit… perasan muda gitu… konon-konon guna mesin masa balik umur belasan tahun dan awal 20an… nak tahu apa aku buat? Hahahaha aku mencari apa itu muzik kpop yang digilakan sangat oleh anak muda kini…aku cuba berlaku adil pada orang yang meminati muzik ini… just for fun… aku dengar muzik ini… aku sengaja beli cd dia… okeylah not bad… sebab muzik dia rancak… kalau yang suka menari memang bagus… bagi yang dah obesiti pun bagus sebab secara tidak langsung kita akan goyangkan badan kita biarpun sedikit geraknya… at least ada juga terbakar lemak sedikit… gila dowh!!! Jangan lupa pakai headphone bagi yang dah berusia macam aku ni.. lau jiran-jiran dengar ada ke peliknya… tiba-tiba rumah aku bingit dengan lagu Super Junior, Sister 19, Wonder Girl, Rainbow, 2AM, 2NEI dan beberapa yang lain.. sedangkan anak-anak semua memang tiada dirumah. Untuk mengelakkan umpat, fitnah jiran tetangga pakailah headphone… lau nak pecah pun gegendang telinga sendiri saja…
Kita sering dimomokkan dengan muzik luar tapi muzik kita tak kurang juga yang hebat. Boleh meniru tapi janganlah sampai kita hilang identiti. Muzik adalah sesuatu yang global. Tapi aku suka muzik kitaro bagi aku muzik dia cukup menenangkan jiwa aku… alahai dulu aku tak tahu pun siapa itu kitaro apatah lagi muziknya… ini gara-gara masuk bilik bos VS. Mr. TS Gan… sebab dia suka dengar instrumental muzik. Terima kasih Mr Gan membuatkan aku meminati sesuatu yang aku tak jangkakan. Jadi bila masuk bilik dia aku suka dengan muzik yang dia buka… agak lembut dan cukup menenangkan… Nak discussion pun best.. hilang stress dan serabut kepala. Kemudian aku carilah instrumental muzik yang lain.. dari situlah aku kenal Mohram, Kenny G, Vanesa Mae, kitaro dan pemuzik yang lain. Kata orang kita perlu mencari sesuatu diluar bidang yang kita ceburi… tak salah kita minat muzik asal ianya tidak melalaikan…
Masa aku muda dulu zaman rock kapak alahai zaman wings, search, lefthanded, may dan beberapa nama yang lain. apalagi bila lagu slowrock… tangkap leleh gua cakap lu!aku minat sangat The Unwanted lagu sentuhan cinta…best lagu tu.. masa tu orang akan pakai seluar ketat, baju ala-ala harimau… rambut panjang mengurai.. pergh! Tak kena gayanya langsuir pun terkejut… tapi yang pandai sesuaikan diri nampak kemas gitu… Masa tu kan yang perempuan pun sama.. aku pun kena tempiasnya.. gaji pertama aku beli sport shoes gitu pakai baju ala-ala rockers.. gelak guling-guling sekarang ni kalau ingat. Maklum aku ni kan agak kasar sikit… macam lelaki gitu… tapi tak le sampai jadi lelaki.
Macam aku suka suasana yang ada muzik… macam aku menulis atau membaca mesti telinga aku sumbat dengan muzik. Kalau dulu aku belajar aku akan dengar muzik juga. Terkadang bila kita mendengar muzik pergerakan kita pun agak agresif dan kreatif. Banyak idea yang boleh dikeluarkan. Bila aku sibuk macam nak gila aku suka dengar muzik rancak dan aku tak suka suasana yang senyap… TETAPI aku tak suka bunyi bising yang membingitkan. Oleh itu aku sumbat telinga dengan headphone atau earphone. Aku tak kan ganggu orang lain aku cuma ganggu diri aku sendiri saja… Kita semua ada cara tersendiri dan inilah caraku… bila aku dengar muzik yang rancak aku tak mengantuk… tapi tengok mood juga… bila aku nak zahirkan sesuatu yang agak suram aku akan dengar muzik kitaro sebab ianya membuatkan diri aku dekat dengan alam… contohnya caravansary, koi dan matsuri. Kelakar juga kan… bila dah minat kita akan ingat pemuzik tu dan tajuknya sekali… lau tak minat.. apa pun tak tahu…
            Berbicara tentang muzik memang menyeronokkan. Apapun pilihan muzik kita jangan sampai ianya melalaikan. Hormati orang lain jangan sampai kita menganggu privasi mereka. Biasanya lah kan… pasangan kita memang kontra dengan kita.. kata orang bila kontra barulah bestkan… kita boleh buat sesuatu yang berlainan dari apa yang kita minat. Agak berisiko tapi ianya akan mengindahkan hidup kita. Aku tak kiralah apa orang nak kata.. janji apa yang aku buat tak menyusahkan diri aku dan orang yang aku sayang…
            Kita perlu ada sikap gila-gila sikit baru hidup kita best… Jangan kita sampai gila sudah… hidup kita adalah melodi indah yang akan kita lagukan setiap masa… irama dan lagu tidak boleh dipisahkan… Rindu nak lepak-lepak kat Danga Bay minum sambil dengar muzik.. entah ada lagi ke tak beach club tu ya… dengar muzik sambil ditiup angin laut… pergi pulak dengan my lovely husband cewah! Romantis gitu.. pergh! Andai bisa ku undur masa aku mahu waktu itu terhenti disitu…. Dah mula nak fikir macam kartun kan?  Sweet sangat… Tak kiralah KPOP ke? Rock Kapak ke? RAP ke? Urban ke? Muzik alam ke? Apa-apa saja jenis muzik pun yang penting kita tahu apa yang kita buat dan ianya tak menyusahkan orang lain.. ambik dia dari sudut positif… yang negatif kita tendang terus masuk laut… barulah hidup ini indah…..

           
Samiza Ezanie
12.15pm
5/6/12

No comments:

Post a Comment