Wednesday 5 April 2017

pendekatan tingkah laku kognitif.

1.0              Pendahuluan.
Psikologi adalah bidang yang mengkaji proses mental dan tingkah laku manusia secara sistematik dengan menggunakan kaedah-kaedah saintifik. Aproses mental/jiwa adalah sesuatu yang tidak dapat di lihat secara langsung. Dengan demikian kognisi yang membabitkan proses mental yang tinggi termasuk dalam kategori jiwa.  Dalam psikologi, kebolehan kognisi manusia ini adalah amat unik dan menjadi perhatian manusia untuk dikaji. Manusia sentiasa menggunakan akulti kognitifnya sebagai satu alat yang amat penting untuk hidup jika dibandingkan dengan haioean yang menggunakan naluri saja. Kelebihan yang ada pada manusia ini mempunyai kuasa membentuk peribadi dirinya sendiri, sama ada ke arah jalan yang lebih baik ataupun ke arah keburukan. Terpulang bagi individu itu untuk menggunakan akalnya untuk menjadi baik atau sebaliknya. Dalam kognisi ia akan mengkaji fikiran manusia bagaimana manusia menggunakan akal ini untuk berbahasa, bertaakul, membuat keputusan dan bagaimana menyelesaikan masalahh dalam kehidupan seharian. Secara umumnya kognisi adalah satu proses intelelektual iaitu persepsi, fikiran, ingatan dan bahasa. Dimana melalui proses intelektul ini maklumat luaran didapatkan, ditukar bentuk, disimpan, didapatkan semula dan digunakan (Mahmood Nazar, 2001; Sang, 2010)
Kognisi adalah satu proses yang aktif, maklumat yang diperolehi dari alam sekitar ditukar bentuknya, disimpan dan digunakan secara aktif dalam proses kognisi. Kesemua dapatan maklumat ini mellui sistem deria, kemudian diorganisasikan dan diterjemahkan oleh sistem persepsi serta sistem fikiran. Masalah yang telah diproses kemudiannya disimpan dan didapat kembali daripada ingatan. Ia digunakan dalam pelbagai bentuk seperti menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan yang berkaitan. Aliran proses kognitif yang dinamik apabila rangsangan memasuki sistem kognisi melalui organ deria (lidah, telinga, mata, kulit dan hidung) kemudian melalui sistem persepsi dituklar bentuk dan diorganisasikan. Kemudian disimpan dalam ingatan atau memori dan dikeluarkan semula untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.  Kognisi ialah satu proses yang mempunyai fungsi-fungsi yang spesifik. Setiap satu proses mempunyai tujuan yang tertentu. Contohnya, kita berfikir kerana ada sesuatu yang perlu kita fahami dengan lebih lanjut. Kita menggunakan bahasa untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang lain. Masalah yang dihadapi itu diselesaikan supaya ia tidak mengganggu keharmonian hidup kita. Dalam erti kata lain kognisi digunakan dalam segala aspek kehidupan harian (Mahmood Nazar, 2001; Mahyuddin & Elias, 2008).


2.0              Perbezaan pelbagai tingkah laku dari kerangka kognitif dan konsepsi bawah ke atas dan atas ke bawah dalam penghasilan tingkah laku.
Dalam proses sensasi dan persepsi ini ada dua perkara yang membezakan iaitu proses bawah-ke-atas dan atas-ke-bawah. Pada pemprosesan bawah-ke-atas (bottom-up processing) reseptor sensori mencatat maklumat mengenai lingkungan luar dang menghantarnya ke otak untuk dianalisa dan interpretesi.  Pemprosesan bawah-ke-atas adalah apabila dimasukan satu rangsangan. Keupayaan seseorang mengenalpasti sesuatu rangsangan spesifik berdsarkan keupayaan mengenalpasti dan penggabungan ciri-ciri rangsangan seperti sisi, sudut dan garisan. Pemprosesan bawah-ke-atas adalah teori yang mengatakan gagasan bahawa proses pengenalan suatu objek dimulakan dengan mengenalpasti terhadap bahagia-bahagian tertentu dri suatu objek yang kita lihat, yang menjadi landasan bagi mengenali objek tersebut secara keseluruhan. Contohnya, kita dapat mengenali ibu kita dengan melihat sekilas pandang hanya sebahagian bentuk tubuhnya dan kita dapat mengenali ibu kita tanpa melihat keseluruhannya. Ini kerana kita melakukan proses mengenal pasti terhadap bahagian-bahagian tertentu terhadap objek yang kita lihat iaitu ibu kita.   Manakala proses  atas-ke-bawah (top-bottom processing) berlaku apabila pemprosesan kognisi pada tingkat lebih tinggi di otak. Dalam hal ini persepsi dibentuk oleh tanggapan. Pemprosesan atas-ke-bawah : Adalah teori yang menyatakan bahawa proses pengenalan suatu objek yang kita kenalpasti adalah dimulakan oleh suatu hipotesis mengenai identiti suatu pola (objek yang dikenalpasti), yang diikuti oleh pengenalan bahagian-bahagian pola tersebut berdasarkan asumsi yang telah dibuat sebelumnya (Mahmood Nazar, 2001; Tarmimy, 2013).
Dalam keadaan tertentu proses atas-ke-bawah dan bawah-ke-atas interpreatsi terhadap bahagian-bahagian dan keseluruhan pola terjadi secara bersamaan antara dua proses ini. Sebagai contoh dalam pengenalan bahagian-bahagian satu wajah dengan konteks dan tanpa konteks, bahagian-bahagian wajah dapat dikenali dengan mudah ketika diletakkan dalam konteks yang tepat dan bahagia-bahagian wajah menjadi bentuk yang samar-samar ketika ditempatkan secara asing, walaupun dapat dikenali ketika bahagian-bahagian wajah tersebut diperlengkapi dengan banyak maklumat yang terperinci (Pasiak, 2009; Mahmood Nazar, 2001). “ Menurut Palmer (1975) bagaimana seorang dapat mengenali sebuah wajah  sebelum ia mengenali pertam kali bahawa wjah itu mempunyai mata, hidung, mulut dan telinga? Namun bagaimana pula seseorang mengenali mata, hidung, mulut dan telinga sebelum ia mengetahui bahawa bahagian-bahagian tersebut dalah merupakan bahagian-bahagian dari wajah? Perkara ini kerap disebut sebagai parsing paradox, yang melengkapi kesukaran-kesukaran yang kita temui ketika menggunakan strategi “bottom up” (bahagian -ke-keseluruhan) atau  strategi “top-bottom” (keseluruhan-ke-bahagian) lengkap dalam proses dalam proses interpretative) (Tarmimy, 2013)
Pemprosesan atas-ke-bawah memerlukan masa tertentu dalam pelaksanaannya, para penyelidik yang mengkaji pengenalan wajah telah menemukan bahawa wajah dapat diinterpretasikan berdasarkan bahagian-bahagiannya dan berdasarkan konfigurasi keseluruhan dari bahagian-bahagain tersebut, yang lebih berjaya dibandingkan hanya dengan mengenalpasti terhadap bahagian-bahagian dalam mengenali wajah. Susan dan rakannya R. Diamond (1977) dari Universiti Harvard menjumpai bahawa anak-anak seringkali mengalami kesukaran menggunakan informasi konfigurasional dan seringkali keliru ketika sebuah wajah yang baru yang belum pernah mereka kenal sebelumnya ditunjukkan menggunakan topi dan selendang yang sebelumnya dikenakan oleh seseorang yang mereka kenal, topi dan selendang yang digunakan orang yang mereka kenal tersebut Nampak mesra sehingga ketika digunakan oleh seseorang yang tidak mereka kenal, maka orang yang tidak mereka kenal itu nampak mesra bagi mereka oleh kerana orang tersebut memakai topi dan selendang yang dikenal mereka (Tarmimy, 2013).

3.0              Proses-proses kognisi yang menyebabkan kepelbagaian pemaparan tingkah laku dalam pelbagai situasi denagn menggunakan kerangka ekologikal.
                Dalam perenggan ini memfokuskan konsep alam belajar dari segi psikossosial fizikal, dan komuniti pembelajaran. Ianya dihuraikan melalui pengalaman secara langsung dalam pembelajaran kanak-kanak dan konsep main dan kepentingannya dalam proses belajar.  Main berperanan sangat penting dalam proses pembelajaran. Kanak-kanak banyak belajar semasa proses bermain. Main juga boleh dikategorikan kepada permainan sosial dan permainan kognitif.  Menjadi satu asas yang kukuh bahawa bermain dapat mempelajari bahasa, berikir secara kreatif dan logik serta mematuhi disiplin permaianan dan dan cara hidup/ Ciri-ciri bermain itu sendiri mempunyai ciri-ciri pembelajaran yang amat berkesan yang mencakupi pelbagai aspek penglibatan aktif, motivasi. Bebas untuk memilih, intrinsik. Memilih, proses penyesuaian, penerokaan dan simulasi. Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan dan pembelajaran individu. Elemen-elemen dalam setiap sistem dalam model Bronfenbrenner ialah seperti berikut: elemen-elemen dalam lima sistem ekologikal boleh mempengaruhi murid dalam pembelajaran dan perkembangan (hzarisham, 2016; Yatimah & Mohd Tajudin, 2011; Sang, Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran, 2008).



1.      Mikrosistem.
Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik beradik,rakan-rakan, jiran dan guru. (hzarisham, 2016; Sang, Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran, 2008)
2.      Mesosistem.
Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-sekolah, rumah jiran, sekolah-jiran (hzarisham, 2016).
3.      Ekosistem.
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesankepada kanak-kanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut (hzarisham, 2016; Sang, Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran, 2008).
4.      Makrosistem.
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititikberatkan (santrock 200H). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi perananyang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting (hzarisham, 2016; Sang, Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran, 2008).
5.      Kronosistem.
Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain dipersekitaran rumah (hzarisham, 2016; Sang, Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran, 2008).
            Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru.
Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil olehpelajar tersebut. Persekitaran yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak (hzarisham, 2016; Sang, Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran, 2008).
4.0               Strategi penyesuaian untuk mengatasi masalah tingkah laku dalam pola-pola interaksi situasi, pemikiran, perasaan dan tingkah laku .
Manusia mengetahui tentang sesuatu yang baru dari alamnya melalui proses pembelajaran. Pembelajaran boleh berlaku melalui dua cara, iaitu dengan cara manusia mengalami dari persekitarannya atau manusia diajar tentang sesuatu itu secara aktif . Sebagai orang dewasa yang sudah boleh berfikir dengan logik, sudah boleh berbahasa dan sudah boleh bertaakul dan sudah boleh menyelesaikan pelbagai jenis masalah. Oleh itu jika berhadapan dengan sesuatu pengalaman baru, ia boleh diorgnisasikn pengalaman tersebut kedalam kategori yang telah sedia ada dengan berpandukan ciri-ciri serta sifat-sifat yang ditunjukkan oleh pengalaman berkenaan. Apabila diajar dengan sesuatu yang unik dan baru, ia akan berupaya membina satu kategori lain bagi mengisi bahan-bahan berkenaan dan ia kemudian disimpan dalam ingatan untuk kegunaan masa hadapan. Proses ingatan memainkan peranan penting membandingkan, mengkategorikan dn mengorgnisasikan konsep-konsep baru yang dipelajari. Orang dewasa sering mengambil ringan tentang perkara pembelajaran dan konsep-konsep baru kerana ini ialah sesuatu yang lazim bagi mereka. Berbanding dengan kanak-kanak yang terpaksa mempelajari tentang dunia dengan konsep-konsep asas. Contohnya melalui Teori Kognitif Piaget kanak-kanak melalui tahap pekembangan mengikut peringkat umur dan apa yang dipelajari.
Taakulan ialah satu proses dimana objektifnya ialah untuk bergerak dari sesuatu perkara yang sudah diketahui serta difahami kepada sesuatu yang belum lagi diketahui dan proses ini dapat meningkatkan pengetahuan kita tentang sesuatu perkara berkenaan. Di dalam proses ini, individu perlu menghasilkan hujah-hujah untuk mencapai kepada sesuatu kesimpulan yang bernas. Ia lazimnya dilakukan denangan beberapa cara dan dua daripdanya ialah berikir secara relektif dan berikir menggunakan logik. Contoh, seorang pengurus yang sedang menghadapi satu masalah rumit ditempat kerjanya kerana beliau perlu memenuhi kehendak pekerja yang inginkan kenaikan gaji, tetapi pada masa yang sama terpaksa memenuhi kehendak majikn untuk mengurngkan kos perbelanjaan. Oleh sebab kedua-dua kehendak ini bercanggah, maka pengurus terpaks menggunakan fakulti kognitifnya untuk menyelesikan masalah yang dihadapinya. Ini akan melibatkan penggunaan bahasa yang betul bagi tujuan berkomunikasi dengan mereka yang terlibat secara berkesan. Proses-proses ingatan tentang bagaimana mas lah seperti ini dapat diselesaikan pada masa terdahulu, bertaakul untuk mencari jalan kompromi bagi kedua-dua pihak, serta memikirkan cara yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah. Ini adalah satu proses kognisi yang sering digunakan dalam hal interaksi dengan masyarakat ialah taakulan dan sememangnya kebolehan manusia bertaakul memaparkan satu proses pemikiran yang amat sofisikated.
1.      Berfikir secara Relektif
John Dewey menyatakan bahawa fungsi pemikiran reflektif ialah untuk menukarkan satu situasi yang bermasalah, yang berkonflik, dan yang penuh dengan keraguan kepada satu situasi yang tenang, jelas, tanpa masalah, koheren dan penuh dengan keharmonian. Manusia yang bertaakul dengan menggunakan pemikiran yang reflektif harus melalui lima tahap yang diskret, iaitu tahap dilema, tahap mendefinisikan masalah, tahap membentuk hipotesis, tahap menilai hipotesis serta pemilihan jawapan dan akhir sekali, tahap mengesahkan jawapan yang diperolehi. Bell dan Stamnes (1979) dan Young (1975) juga mengutarakan pendapat tentang pemikiran yang reflektif. Mereka menyatakan yang sebelum individu itu mengutarakan sesuatu hujah, mereka haruslah menyiapkan diri dengan pengetahuan-pengetahuan yang sesuai. ini boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu memahami kenyataan dan menilai kenyataan. Semasa memahami kenyataan, mereka harus mengetahui bahasa senta istilah-istilah teknikal yang digunakan, memahami definisi dan juga implikasinya. Selepas memahami kenyataan, mereka haruslah menilai kenyataan tadi. Ini boleh dilakukan dengan cara melihat implikasi kenyataan tersebut dan membandingkannya dengan bukti-bukti yang sedia ada. Selepas in barulah individu tersebut boleh menurunkan hujah-hujahnya dengan baik.
2.      Berfikir dengan Logik
Di dalam proses taakulan, rnanusia lazimnya akan menggunakan hujah-hujah yang sesuai bagi mencapai sesuatu pernyataan yang benar, sah dan yang boleh diterima akal. Pada asasnya, logik ialah satu kajian tentang hujah dan lebih tepat lagi, kajian situasi di mana kita mencari pengesahan supaya kita dapat percaya akan sesuatu kesimpulan. Oleh itu, logik ialah sesuatu yang memberi satu kaedah yang membolehkan kita mengenal pasti kesahihan dan kebenaran hujah-hujah yang digunakan di dalam pnoses in (Chunchill). Antara lain, dua bentuk logik digunakan di dalam proses taakulan, iaitu logik induktif dan logik deduktif. Bayangkan yang anda sedang mengkaji kaitan di antara kepuasan kerja dengan gaji. Anda dapati yang:
Pekerja A mendapat kepuasan kerja dan gajinya tinggi
Pekerja B mendapat kepuasan kerja dan gajinya tinggi
Pekerja C mendapat kepuasan kerja dan gajinya tinggi
Pekerja D mendapat kepuasan kerja dan gajinya tinggi
Pekerja E mendapat kepuasan kerja dan gajinya tinggi
Daripada pemerhatian tersebut, anda dapati sekiranya gaji seorang pekerja itu tinggi, maka dia akan dapat kepuasan kerja. Berdasarkan pemerhatian ini, anda boleh membuat satu kesimpulan am yang menyatakan bahawa semua pekerja akan mendapat kepuasan kerja jika mempunyai gaji yang tinggi. Ini ialah logik induktif kerana kita membuat pernyataan am berdasarkan kepada premis-pnemis yang sedia ada. Pernyataan am ialah “semua pekerja mendapat kepuasan kerja apabila mendapat gaji yang tinggi”. Premis-premis pula ialah “Pekerja-pekerja A, B, C, D dan E mendapat kepuasan kerja apabila mendapat gaji yang tinggi”. Ini hanya berdasarkan hukum kebarangkalian, kerana dalam lima perhatian yang anda lakukan, kelima-limanya membawa kepada satu kesimpulan yang sama. Kebarangkaliannya adalah 1.00, dan ia amat tinggi. Tetapi jikalau ditinjau dengan lebih teliti, premis-premis di atas tidak menyokong kebenaran pernyataan yang dibuat secana logik.
Logik deduktif pula ialah satu proses di mana satu kesimpulan diperolehi daripada premis-premis yang wujud sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda membuat satu pernyataan yang spesifik (iaitu kesimpulan) berdasarkan pernyataan yang am. Kita lihat contoh di bawah:
Premis 1: Semua pekerja mendapat kepuasan kerja apabila mendapat gaji yang tinggi.
Premis 2: Ali ialah seorang pekerja.
Kesimpulan : Oleh itu Ali akan mendapat kepuasan kerja jika dia mendapat gaji yang tinggi.  
Dalam logik deduktif, jika prernis-premis itu benar, maka kesimpulan yang dicapai itu haruslah benar. Premis-premis itu menyokong kebenaran kesimpulan yang dicapai secara logik. Walau bagaimanapun, kesimpulan yang dicapai itu tidak semestinya benar dalam konteks realiti. Sebagai contoh, mungkin Ali mendapat gaji yang tinggi, tetapi tidak memperolehi kepuasan kerja kerana dia kurang mendapat pujian serta dorongan daripada majikan. Oleh itu, mungkin sesuatu kenyataan itu sah secara logik, tetapi kebenarannya masih boleh dipentikaikan. Silogisme ialah satu daripada pelbagai kaedah yang digunakan dalam logik deduktif. Mengikut takrifan Lok Chong Hoe, (1985) silogisme adalah sejenis hujah yang mempunyai tiga pernyataan. Pernyataan ketiga ialah kesmmpulan hujah manakala pernyataan yang pertama dan pernyataan yang kedua ialah premis-premis yang diberi untuk menyokong kesimpulan itu. Walaupun sebuah silogisme mempunyai tiga unsur, satu unsur terdapat di dalam kedua-dua premis dan setiap daripada dua unsur yang lain terdapat di dalam satu premis dan di dalam kesimpulan hujah. Oleh itu, sesuatu hujah itu akan hanya diistilahkan sebagai silogisme jika ia diatur dengan cara tersebut. Kadangkala, apabila sesuatu hujah dikendalikan secara deduktif, kesimpulan diletakkan terlebih dahulu danipada premis-premis, dan ini bukanlah bentuk silogisme kerana ia tidak mengikut aturan yang tetap. Sebagai contoh kita lihat pernyataan di bawah:

Premis 1: Semua pelajar cerdik
Premis 2: Ali seorang pelajar
Kesimpulan : Oleh itu Ali cerdik
Dalam contoh di atas, ada tiga pernyataan, dua premis dan satu kesimpulan. Premis tersebut mestilah menyokong kesimpulan. Tiga unsur yang dimaksudkan ialah Ali, pelajar dan cerdik dan ketiga-tiga unsur ini mesti wujud dalam logik silogisme. Jika ditinjau dari segi kebenarannya, kesimpulan itu sememangnya sah berdasarkan premis-premis yang diberikan di atas tetapi ada kemungkinan pelajar yang bernama Ali itu tidak cerdik. Oleh itu kesimpulan yang dicapai tidak semestinya benar. Menggunakan logik sememangnya boleh menolong manusia bertaakul tetapi selalu juga kita dapati yang proses taakul yang digunakan itu mengandungi pelbagai kesilapan logik, seperti mana yang telah diterangkan di atas. Walau bagaimanapun, dengan mengkaji kaedah taakul yang digunakan serta kesilapan-kesilapannya, ia telah membantu para psikologis memahami dengan lebih lanjut lagi bagaimana manusia menyelesaikan masalah yang dihadapinya (Mahmood Nazar, 2001; Psychologist World, 2016).

5.0              Kesimpulan
Dalam kehidupan persepsi dan sensasi berperanan besar. Apa yang dilalui dan peristiwa baru adalah rencah dalam kehidupan seharian. Manusia bertingkah laku berdasarkan pengalaman dan pembelajaran. Proses kognisi membantu manusia untuk bertindak dengan relevan dan realistik. Pemikiran yang positif akan menjadikan seseorang individu itu bertindak mengikut arah yang positif. Pemikiran amat mempengaruhi kehidupan seharian, ia adalah amat penting. Jika fikiran dibandingkan dengan sesuatu yang lain, maka dikatakan sama dengan naluri haiwan. Tanpa naluri, haiwan tidak boleh hidup di alam masing-masing. Begitu juga yang boleh dikatakan tentang penggunaan fikiran oleh manusia. Manusia menggunkan fikiran dalam pelbagai bentuk, ada yang berbentuk negatif dan ada yang berbentuk positif. Walau bagaimana cara pun yang digunakan oleh manusia, pada kebiasaannya, manusia akan menggunakan fikirannya dalam hal menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Rujukan:-
hzarisham, R. (2016). Rangka isi pelajaran EDU3103 murd dan alam beljar - academia. Retrieved 2016, from Laman web academia: http://www.academia.edu/19595876/Rangka_Isi_Pelajaran
Mahmood Nazar, M. (2001). Pengantar Psikologi - Satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahyuddin, R., & Elias, H. (2008). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma Publicstion Sdn Bhd.
Pasiak, T. (2009). Revolusi IQ,EQ,SQ. Batu Caves: PTS Millenia.
Psychologist World. (2016). Cognitive Approach (psychology). Retrieved January 26, 2016, from Psychologist World Web site: http://www.psychologistworld.com/cognitive/approach.php
Sang, M. S. (2008). Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Sang, M. S. (2010). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Tarmimy, F. A. (2013, Oktober 18). Apa yang dimaksud dengan pemprosesn botto-up dan pemprosesan top-down: Kompsiana. Retrieved Mac 19, 2016, from Laman web Kompasiana: http://www.kompasiana.com/fikri_attamimy/apa-yang-dimaksud-dengan-pemprosesan-bottom-up-dan-pemprosesan-top-down_552b2c91f17e61b67ad623c0

Yatimah, S., & Mohd Tajudin, M. (2011). Teori Kaunseling Al-Ghazali. batu Caves: PTS Islamika Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment